Seorang lelaki dihentam oleh netizen kerana tindakannya mengajuk seperti gaya orang OKU, video itu tular di Twitter dan kini telah meraih 1K retweets sepanjang 7 jam ia dikongsikan.
Ajuk gaya orang OKU sebab nak dapat parking?
Dalam video berdurasi 5 saat itu, dilihat lelaki yang difahamkan menyandang jawatan sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) itu naikkan sebelah bahu dan pusingkan badan sambil berjalan kearah kereta perakam sementara rakan-rakan lain bergelak sakan.
TERGEMPAR
Presiden Gabungan Islam Se-Malaysia (GAMIS) ditangkap kerana menghina golongan OKU semata-mata ingin dapatkan parking kereta di Masjid.
"Ini jihad, nak redha tuhan ke redha manusia? Lihat je lah MB Kedah hina orang miskin, apatah lagi saya" Ujarnya. pic.twitter.com/apGQquC4yc
— Utusan Meloya (@UtusanMeloya) September 17, 2020
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah masjid dan difahamkan, tujuan dia melakukan perbuatan tersebut adalah untuk mendapatkan parking kereta. Disebabkan itu, ia telah mengundang kemarahan netizen dan ramai yang tersinggung kerana mereka mempunyai ahli keluarga OKU.
Mereka juga menuntut penjelasan daripada mahasiswa tersebut sendiri. Susulan itu, Pesiden GAMIS yang dikenali sebagai Zofrie Zulhilmie tampil memohon maaf dan memberikan keterangan.
Buat permohonan maaf
https://twitter.com/Dr_Zofrie2203/status/1306792886399369217?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1306792886399369217%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2F%3Fp%3D370382
Katanya lagi, dia tiada niat untuk memperkecilkan golongan kurang upaya dan mengaku itu adalah silapnya sendiri.
“Saya berjanji bahawa saya akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan saya. Terima kasih kepada semua pihak yang menegur posting saya.”
Tambahnya lagi, kekhilafan yang dilakukannya itu merupakan kesilapan dirinya dan tiada kaitan dengan organisasi yang dia sertai.