Bola sepak menjadi salah satu aktiviti riadah yang diminati ramai, malah terdapat juga acara sukan tersebut di peringkat terbuka, sesiapa pun boleh sertai jika ada ahli yang mencukupi.
Ramai yang memilih sukan tersebut untuk kekal sihat tetapi baru-baru ini sebuah perlawanan di Pasir Mas, Kelantan bertukar riuh apabila terdapat pergaduhan antara penyokong dan pengadil sehinggakan menjadi kes polis.
https://www.facebook.com/101862221377688/videos/5341347919319704
Difahamkan, kejadian yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di antara mukim di Pasir Mas itu terjadi kerana penyokong tidak puas hati dengan keputusan pengadil dan disebabkan itu penonton turun ke padang dan mula memukul pengadil tersebut.
Menurut laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan selepas video berdurasi 39 saat itu tular apabila dimuat naik di Facebook.
“Dalam insiden berkenaan tiada sebarang kecederaan dialami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat,” katanya.
Insiden tersebut dapat dileraikan dengan tenang selepas anggota unit kereta peronda polis (MPV) secara kebetulan berada di kawasan berkenaan ketika kejadian itu berlaku.
Main secara sihat ok geng?