in

Video Penyanyi Dikir Barat Menari Di Khalayak Ramai Tular, Exco Kelantan Mohon Penjelasan ‘Amran Fans’

Menari Di Bachok Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 28 saat memaparkan penyanyi dikir barat wanita menyanyi dan menari di depan khalayak ramai.

Video yang dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan itu telah mendapat lebih 700,000 tontonan di Facebook selepas ia dimuat naik sebuah akaun bernama ‘Amran Fans’.


Meran

Artikel berkaitan: “Cerai secara berakhlak” – Mufti Kelantan Tegur Peniaga Kosmetik Cerai Dalam ‘Live’

Artikel berkaitan: Mahkamah Persekutuan Batal 16 Kesalahan Dalam Enakmen Syariah Kelantan, Ini Penjelasannya…

Kerajaan Kelantan kesal penularan video 

Susulan penularan video tersebut, kerajaan Kelantan meluahkan rasa kesal dengan video hiburan itu yang dipercayai dilakukan tanpa lesen dan permit hiburan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, beliau telah menerima pelbagai panggilan daripada netizen dan kiriman WhatsApp memohon penjelasan berhubung video berkenaan.

Video itu menampilkan persembahan artis dikir wanita menyanyi dengan kelakuan kurang sopan. 

“Justeru, saya terus menghubungi dan mengarahkan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok membuat siasatan berkait video sedang tular dan disyaki berlaku di Bachok,” katanya.

Menari 1

Tularkan video lama, Exco Kelantan mohon penjelasan

Hasil semakannya juga mendapati rakaman persembahan itu telah berlaku setahun lalu dan dimuat naik semula oleh laman Facebook tersebut.

Namun, kebanyakan komen pembaca menggambarkan seakan-akan hiburan tanpa permit itu telah berlaku semalam.

Oleh itu, saya memohon jawapan dan penjelasan daripada pentadbir Facebook Amran Fans berkenaan tujuan atau niat sebenar beliau memuat naik semula rakaman video hiburan tanpa lesen yang sudah lama berlaku.

“Video persembahan itu memberikan gambaran kurang baik kepada penduduk Bachok dan Penguatkuasa Majlis Daerah yang seolah-olah membenarkan persembahan kurang senonoh oleh penyanyi wanita secara terbuka di depan khalayak tanpa sebarang lesen dan permit hiburan,” katanya lagi.

Menari 2

Tambahnya lagi, persembahan oleh wanita seperti di dalam rakaman video itu sudah lama tidak anjurkan oleh mana-mana pihak, bahkan penyanyi wanita itu juga katanya sudah tidak aktif dalam persembahan seperti itu kerana sudah berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Saya mohon kerjasama semua supaya membuat laporan dan menyalurkan maklumat sama ada kepada Majlis Daerah atau pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya mempunyai maklumat mengenai penganjuran pesta hiburan yang dibuat secara haram tanpa lesen dan permit hiburan yang sah di negeri ini,” katanya.

Penganjuran hiburan tersebut juga menurutnya bertentangan dengan Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan Negeri Kelantan 1998 dan menyalahi Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 dan Pekeliling Negeri Bil 4/2003 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Enakmen yang sama.

Sumber: Berita Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.