Semalam, viral di media sosial video berdurasi 58 saat yang mana sorang pemandu bertindak kasar dengan menendang penunggang motosikal sehingga cedera.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bandar Teknologi, Kajang. Disebabkan kejadian itu, pemuda yang bertindak kasar itu sedang diburu oleh polis untuk dapatkan keterangan lanjut.
Untuk butiran penuh, dalam video yang tular itu, dilihatkan seorang pemandu lelaki seperti menghalang laluan penunggang motosikal itu sebelum bertindak keluar dari kereta dan terus menendang lelaki tersebut.
Disebabkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata yang pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lelaki itu walaupun dia belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak.
Menurut Astro Awani, beliau turut memberitahu bahawa insiden itu akan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.
Tambahnya lagi, dia menggesa orang ramai untuk turut sama membantu beri kerjasama kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian tersebut bagi memudahkan siasatan.
“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan” – Ketua Polis Daerah Kajang
Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ali Hamzah di talian 019-8660324 bagi membantu siasatan.
Baca: “Sampai acu pistol” – Nynaa Harizal Didakwa ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Suami Buat Laporan Polis