in

[VIDEO] Pengantin Tak Kisah Basah Lencun Sebab Hujan Lebat Demi Garden View KLCC

pengantin basah lencun 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan majlis perkahwinan outdoor sering menjadi pilihan bakal pengantin kerana persekitaran dan ruangnya yang besar dapat menghidupkan suasana romantis.

Lagi-lagi, kalau dapat tengok view KLCC yang bertempat di ibu kota. Memang menjadi idaman untuk bersanding sambil tengok view KLCC.


Namun, bagi pasangan ini, mereka tidak menyangka majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden view’ dilanda hujan yang lebat. Menerusi sebuah video yang tular di Tiktok, menunjukkan upacara akad nikah pasangan itu dilakukan ketika hujan.

@syerafnd

Nikah sambil mandi hujan baru syokk ? #ceremony

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Menurut pengantin perempuan, Nor Syakirin Nor Affendee, majlis pernikahan itu diadakan di Colony Star Boulevard, KLCC, pada Jumaat lalu.

Syakirin memberitahu, bahawa lokasi majlis nikah telah dirancang lebih awal sejurus majlis pertunangan mereka pada 1 Januari tahun ini, lapor mStar. 

Dia memilih tema garden untuk majlis nikah kerana itulah impian perkahwinannya selain lokasi yang mempunyai view KLCC dan segalanya diuruskan sendiri bersama wedding planner.

Langit sekejap mendung, sekejap cerah

Screenshot 2022 11 15 141404

Syakirin yang lebih mesra dengan panggilan Erin berkata, akad nikah diadakan kira-kira pukul 4 petang berikutan hujan yang tidak menentu.

“Masa mula majlis akad nikah, cuaca baru gerimis. Semasa tetamu termasuk kami masih okay. Payung dah standby siap-siap,” ujarnya.

Menerusi video Erin, sejurus selepas pengantin lelaki melafazkan akad nikah dan saksi mengesahkan, cuaca terus hujan lebat dan tetamu bertempiaran lari untuk cari tempat berteduh.

Walaupun ada sebahagian tetamu dan pengiring yang basah lencun dek hujan, ia tidak menjadi penghalang majlis untuk diraikan dengan meriah.

Screenshot 2022 11 15 141324

“Dulang boys dan dulang girls sporting join sesi bergambar saya dan suami di tengah hujan. Majlis nikah dalam hujan dan basah dah macam dalam filem Bollywood,” kata Erin.

@sheikhhafiq

Pape pun selamat pengantin baru sahabatku ??

♬ passing cloud je ni – ayammasakmerah

Betul lain macam vibe majlis kahwin ni… tahniah kepada Erin dan suami!

Baca : Bahasa Bukan Penghalang Untuk Membina Cinta, Suami Isteri Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi

poiuy 758x399 2

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.