in

Tak Sengaja Pulas Pendikit, Kanak-kanak 4 Tahun Cedera Motosikal Vespa Rempuh Pintu Kaca Kedai

Rempuh Pintu Kaca Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Thailand cedera selepas secara tidak sengaja terpulas pendikit (throttle) sebuah motosikal Vespa, menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.

Menurut laporan Bangkok Post, kejadian berkenaan berlaku di sebuah kedai serbaneka di daerah Lat Lum Kaeo.


Insiden itu turut mengakibatkan kecederaan kepada ibu saudara kanak-kanak tersebut.

Terlanggar Pintu Kaca Kedai

Artikel Berkaitan:  “Mentaliti pentingkan diri sendiri” – Penghuni Flat Wangsa Maju Pasang Pagar Depan Rumah Cetus Perbalahan Netizen

Difahamkan, ibu saudara kanak-kanak itu pada mulanya telah memarkir Vespa itu di hadapan kedai selepas menurunkan dua orang penumpang dengan enjin masih hidup.

Pintu Kedai

 

Namun, kanak-kanak yang duduk di bahagian hadapan Vespa itu secara tiba-tiba dan tidak sengaja telah memulas pendikit motosikal berkenaan, sekali gus menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu kaca kedai sebelum masuk ke dalam premis.

Insiden tersebut turut mengakibatkan barangan di rak hadapan kedai rosak dan bertaburan.

Sumber: Bangkok Post

Sumber: Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.