Rasa cemburu apabila melihat keharmonian rukun tetangga ini lebih-lebih lagi jika ianya berbilang kaum seperti dalam video di TikTok ini yang telah meraih 281K dalam masa 22 jam ini.
Seorang jurusolek kongsikan video dimana salah seorang pelanggannya menumpang rumah jiran yang berbangsa Melayu untuk ‘bersiap’ bagi majlis pertunangannya.
“Truly muhibbah”
@shadesbyyogesh Itu Rajnikanth namanya?
Memandangkan rumah mereka berdekatan, jurusolek yang dikenali sebagai Yogesh menjelaskan bahawa mereka sangat rapat sampaikan makanan untuk majlis itu disediakan oleh jiran-jirannya.
Menjengah ke ruangan komen, selain daripada mendapat pujian netizen berkenaan dengan hasil solekan yang diberikan kepada pengantin, Rajnikanth itu, ramai yang teruja dan tertarik melihat keharmonian mereka.
Bahkan, ada juga yang kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dimana mereka menzahirkan rasa bertuah dapat jiran yang baik dan rapat seperti pengantin ini.
Dalam pada itu, ada juga komen daripada tukang pasang pelamin untuk majlis tersebut, mereka sendiri akui bahawa komuniti di rumah pengantin ini memang erat. Bertuah dia dapat jiran macam ni, kalau min yang duduk dekat ibu kota ni, diaorang buat hal masing-masing.
Baca : Berang Jiran Kentut Terlampau Kuat, Lelaki Ini Buat Laporan Polis