Malam semalam, tular sebuah video memaparkan kejadian ‘air terjun’ dipercayai berlaku akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri dekat Taman Mas, Puchong.
Menurut Sinar Harian, dalam video berdurasi 4 minit tersebut, kelihatan pancutan air deras turun dari atas pangsapuri itu jatuh mengenai beberapa kenderaan di parkir berhadapan bangunan berkenaan.
Pancutan air itu kemudian surut kira-kira dua minit selepas itu dan orang ramai dilihat berkumpul di kawasan tersebut sejurus ia keadaan kembali reda.
https://www.facebook.com/100012055786473/videos/pcb.1436314326780413/839500923755124
6 kereta rosak akibat tragedi ‘air terjun’
Menurut Bernama, kejadian tersebut mengakibatkan 6 buah kenderaan rosak teruk dengan cermin hadapan mereka pecah dan bahagian bonet yang kemek.
Sebuah tangki air blok pangsapuri yang berketinggian 60 kaki, di Taman Mas, Sepang, semalam, telah pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk.
? : @PDRMsia pic.twitter.com/7KwYsIis4N
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 27, 2022
Sementara itu, ketika artikel ini ditulis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
“Fobia dengar bunyi tangki pecah”
Perkongsian video tersebut di Facebook telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang berasa gerun melihat kejadian tersebut berlaku.
Ada di antara netizen juga berkongsi pengalaman pernah berhadapan dengan situasi yang sama berlaku pada tahun 2016 dan memilih untuk berpindah kerana fobia mendengar bunyi tangki air pecah.
Apa-apapun kita doakan semoga penduduk di kawasan berkenaan bertabahlah dengan apa yang berlaku. Kesian pemilik-pemilik kereta yang rosak tu.
Baca: [VIDEO] Tular Bergaduh Dengan Kekasih Depan Kedai Sampai Sepak Tangki Penapis Air, Lelaki Mohon Maaf