in

[VIDEO] Pemuzik Main Violin Ketika Pembedahan Buang Tumor, Ini Sebabnya…

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang pemuzik Dagmar Turner telah bermain violin sementara doktor-doktor pakar melakukan pembedahan membuang ketumbuhan dari otaknya.

Untuk pengetahuan korang, video yang tular ini sebenarnya merupakan pembedahan yang dibuat pada tahun 2020 yang lepas.


Menurut NPR, doktor yang merawat Dagmar, Ashkan juga merupakan seorang pemain piano. Ekoran sedar dengan kepentingan wanita ini untuk terus bermain violin, dia dan rakan-rakannya telah membuat rancangan bagi memastikan kebolehannya ini tidak terjejas ekoran pembedahan.

Kami ambil masa dua jam untuk mengenalpasti kawasan yang aktif ketika violin dimainkan dan yang bertanggungjawab mengawal pertuturan dan pergerakan.

Pembedahan tersebut berjaya dibuat. Kami berjaya membuang lebih 90 peratus tumor termasuk di semua kawasan yang agresif dan pada masa yang sama mengekalkan fungsi tangan kirinya.”

Walaupun jarang kita dengar pesakit bermain alat muzik ketika pembedahan otak dijalankan, ada beberapa kes seperti ini pernah berlaku. Antaranya, pada tahun 2016, seorang guru muzik telah bermain saksofon sementara sekumpulan saintis membuang ketumbuhan dari otaknya.

Pakar Bedah Saraf & Otak, Dr Hezry melalui Twitter peribadinya turut memberikan komennya mengenai video yang tular ini,

Katanya, sekiranya sesuatu ketumbuhan itu dekat dengan bahagian-bahagian penting di dalam otak seperti yang mengawal pergerakan tangan, ini adalah cara mereka untuk pastikan sama ada mereka rosakkan bahagian tersebut atau tidak semasa pembedahan.

Pesakit dibiarkan sedar tapi tak dapat rasa sakit dan mereka akan disuruh untuk berbuat sesuatu atau bercakap (bergantung kepada kawasan otak). Kalau dorang tiba-tiba berhenti, ini bermakna kerosakan telah berlaku.”

Tambahnya lagi, pembedahan seperti adalah sangat advance di mana doktor bius dan doktor saraf yang terlatih diperlukan, kerana ini, hanya ada dua ke tiga tempat di Malaysia yang boleh buat pembedahan seperti ini.

Selain itu, Dr Hezry turut terangkan sekiranya pakar tersalah dan terosakkan sel di otak, ianya tak dapat dibetulkan semula kerana saraf atau sel otak yang rosak tak boleh pulih dengan sendiri.

 

Baca: Dua Bulan Selepas Pembedahan, Lelaki Pertama Terima Jantung Daripada Khinzir Meninggal

Untitled Design 2022 03 10T155742.907

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.