in

[VIDEO] Pegawai BN Didakwa Rasuah Pendatang Asing Dengan Lesen Bisnes dan RM3,000

Bn Boo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Pegawai BN Didakwa Rasuah Pendatang Asing Dengan Lesen Bisnes dan RM3,000
Loading
/

Korang dah tengok tak satu video yang tengah viral sekarang ni? Wuu interesting habis ni! 

Satu video membabitkan seorang lelaki daripada parti Barisan Nasional (BN) viral kat WhatsApp semalam kerana dia kononnya dilihat ‘sedang meminta pertolongan’ daripada rakyat. Jeng jeng jeng! 


Screen Shot 2018 04 11 At 10.22.11 Pm
sumber: wob

Peringatan: Tengok video ni betul-betul dan dengar setiap butir kata yang dorang cakapkan!

Dalam video yang berdurasi 90 saat itu, seorang lelaki memakai vest bertanda ‘BN’ sedang dilihat bercakap dengan pemilik sebuah kedai bersama beberapa orang ramai mengelilingi mereka. Lelaki tersebut kemudian memberi peringatan kepada semua orang yang ada kat situ bahawa hari pencalonan akan jatuh pada 28 April dan hari mengundi pulak jatuh pada 9 Mei nanti. Okayy ni mungkin nampak normal tetapi...

“Pastikan beritahu pada adik, kakak, abang dan mak bapak kita semua… undi bagi pada Barisan Nasional. Saya akan pasti kita menang Selangor hari ni, minggu depan saya akan datang balik kedai ni.”

Kerja pertama saya akan pergi ke majlis (Majlis Perbandaran) untuk dapatkan lesen untuk awak. Untuk saya nak tolong awak, rakyat kena bantu sesama insan. Pakat-pakat yang mana umur dah 21 tahun, pastikan sebagai pengundi dan undilah sebagai tanggungjawab anda. Berikan kemenangan kepada saya (BN).” 

Berdasarkan perbualan di video tu, sepertinya pemilik kedai tersebut mungkin seorang pendatang asing tapi kami tak dapat pastikan betul ataupun tidak. Tetapi pemilik kedai itu sendiri mengaku bahawa dia sudah tinggal di Malaysia hampir 10 tahun dan kedai itu memang milik dia.

Screen Shot 2018 04 11 At 10.22.48 Pm
sumber: wob

“Saya bekerja untuk rakyat. Untuk itu permulaan ni, saya akan berikan sumbangan kepada awak sebanyak RM3,000. Baik pergi ambil duit tu. Sekarang jugak kita bagi, tak payah tunggu lama-lama,” kata pegawai tu lagi.

Walau bagaimanapun, selagi tak ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan video tersebut oleh pihak SPR, kami tak dapat nak sahkan kesahihannya. Namun selepas menonton video ni, kebanyakan netizen memberi komen seperti di bawah:

Save
sumber: facebook

Tapi tak lama selepas tu, netizen mendakwa lelaki memakai vest BN tersebut sebagai Datuk Mutalif. Dia sebenarnya seorang pemimpin UMNO tempatan yang aktif turun padang sejak 7 tahun lepas dan sangat dihormati komuniti kawasan dia berkhidmat.

Netizen tersebut juga mendakwa yang Datuk Mutalif turun padang pada hari tu untuk membantu seorang pemilik kedai kecil-kecilan mendapatkan lesen perniagaan dan memberi sedikit sumbangan kepada lelaki tersebut untuk menjalankan bisnesnya. Disebabkan dia telah banyak membantu komuniti, Datuk Mutalif mengingatkan lelaki terbabit akan tarikh mengundi dan mengembalikan mandat pemerintahan semula kepada BN di Selangor.

Screen Shot 2018 04 11 At 10.29.35 Pm
sumber: wob

Apa pendapat korang selepas menonton video ni? Kongsikan komen anda dengan kami! 

Tonton video di sini:

Baca: Pendedahan Berani! Tun Mahathir Bongkar 13 ‘Taktik Kotor’ PM Najib Tipu dan Cuba Menang PRU14

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.