in

[Video] Pasangan Sedang ‘Berasmara’ Hilang Keseimbangan & Jatuh Dari Jambatan Setinggi 50 Kaki

Collage 10
Lobak Merah
Lobak Merah
[Video] Pasangan Sedang ‘Berasmara’ Hilang Keseimbangan & Jatuh Dari Jambatan Setinggi 50 Kaki
Loading
/

Satu pasangan menemui ajal selepas terjatuh dari jambatan semasa sedang hangat bercium pada hari Sabtu lalu.

Memetik Daily Mail, Maybeth Espinoz dan Hector Vidal sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kelab malam di Peru pada pukul 1 pagi sebelum jatuh dengan tragik dari jambatan setinggi 50 kaki.

Insiden ngeri ini sempat dirakam oleh CCTV berhampiran. Rakaman menunjukkan pasangan ini sedang bersandar di besi jambatan sambil berpeluk dan bercium dengan satu sama lain.

Tak lama kemudian, Maybeth mula duduk di atas besi jambatan sambil kakinya memeluk badan Hector.

16963522 7328395 Image A 3 1565115540039

Malangnya, sedang mereka sibuk dilamun asmara, Maybeth tiba-tiba hilang keseimbangan dan mula jatuh kebelakang dan turut menarik Hector yang berada dalam dakapannya.

Macam yang korang boleh tengok dalam video, pasangan ni cuba untuk berpaut pada besi jambatan namun gagal dan terjatuh ke bawah.

Akibat dari insiden malang ini, Maybeth mati serta-merta manakala Hector mengalami kecederaan parah di bahagian tengkorak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.

Menurut media tempatan, pasangan ini merupakan pendaki gunung yang berpindah ke daerah Cusco, Peru untuk bekerja sebagai pemandu pelancong.

 

Baca: “Saya tak berniat nak sakitkan dia” – Remaja ‘Tertolak’ Rakan Dari Jambatan Setinggi 60 Kaki Hingga Patah Tulang Rusuk

Screenshot 2019 08 07 At 12.14.36 Pm