in

[VIDEO] Pakar Meteorologi Dedah Amaran Banjir Besar Rupanya Tak Dihiraukan Wartawan?

Page Reporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sehingga ke hari ini masih lagi belum reda dengan isu banjir besar yang melanda negara kita sejak hujung minggu lalu. Berita baiknya, sudah banyak kawasan yang mula surut airnya. Lega min rasa…

Rupanya ada satu cerita yang baru sahaja didedahkan oleh seorang Pakar Meteorologi tentang amaran mengenai banjir besar yang dikeluar oleh pihaknya sebelum Lembah Klang dilanda hujan yang berterusan sejak 17 Disember lalu.


Dalam satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @rnhnph, Datuk Prof. Dr. Azizan Abu Samah selaku Pakar Meteorologi dari Universiti Malaya dalam satu temubual memberitahu bahawa wartawan tidak mengendahkan amaran banjir besar yang dikeluarkan olehnya.

@rnhnph

Kalau la kita boleh dapat kesedaran tentang ramalan cuaca. 😣😣 #daruratbanjir #keluargamalaysia

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

“Pada 17 haribulan, saya tulis surat kepada seorang reporter bahawa kita patut.. orang kata bertahan untuk hadapi kejadian banjir besar. Jadi, reporter tu kata ‘Thank you prof, I take note‘. Maknanya, media pun tak ambil berat” – Azizan Abu Samah

Tiktok 2

Temubual siaran pagi bersama Datuk Prof. Dr. Azizan Abu Samah itu telah meraih pelbagai reaksi di bahagian komen kerana ada yang mengatakan mereka kecewa dengan tindakan dari sesetengah media kerana menganggap kejadian banjir ini adalah biasa.

Tiktok Full 8

Bukan itu sahaja, turut ada yang memberitahu bahawa sebarang kenyataan dari Azizan Abu Samah haruslah dipertimbangkan kerana beliau merupakan seorang yang boleh dipercayai dan beliau hanya menyampaikan fakta. Wah, takdelah orang keliru dengan statement yang dikeluarkan…

“Prof azizan ni prof sy ms di UM dulu..mmg saintis hebat..org yg setiap tahun ke stesen meteorologi di Antartica utk kajian..mmg jenis yg direct to the fact” – Komen netizen

Min dapat tahu sekarang ni Jabatan Meteorologi dah keluarkan amaran bahawa hujan lebat dan juga ribut petir dijangka akan melanda negara kita sekali lagi bermula hujung minggu ini.

Apa-apa pun lepas ni min harap kita semua lebih peka dengan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi. Semoga semua yang berlaku ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Baca: “Kami telefon tapi tiada tindakan” – Viral Video Wanita Luah Rasa Kesal Isu Bantuan Banjir Kepada Menteri

Wanita Luah Rasa Kesal Pada Noh Omar

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.