Tidak dinafikan, kucing antara haiwan yang mempunyai perasaan yang sensitif lebih-lebih lagi apabila melibatkan ia dengan tuannya.
Tular sebuah perkongsian video di TikTok yang memaparkan seekor kucing ‘oyen’ yang dilihat kemurungan dan banyak bersendirian seperti menunggu seseorang.
Menerusi beberapa rakaman yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @siti.aliah, kucing itu sering mengiau mencari tuannya dan tidak aktif seperti selalu.
Menurut Siti Aliah, keadaan itu berlarutan sejak dua minggu tuannya meninggal dunia. Difahamkan, oyen sangat rapat dengan arwah bapanya berbanding ahli keluarga lain.
@siti.aliah Kucing kesayangan abah pun terkesan abah takde.. mcm mana nak buat ni?
Katanya, kucing tersebut asalnya merupakan kucing jiran yang kerap bertandang ke rumah dan suka bermain dengan arwah bapanya.
Risau melihat oyen kemurungan, kucing tersebut kemudiannya dibawa menziarahi pusara arwah tuannya untuk mengubati rindu.
“Semalam lepas tengok oyen kemurungan, terus bawa dia pergi kubur. Alhamdulillah dia dah getting better dan dah boleh main, mungkin dah boleh terima hakikat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@siti.aliah Semalam lepas tengok Oyen kemurungan, terus bawa dia pergi kubur. Alhamdulillah dia dah getting better dan dah boleh main.. mungkin dah boleh terima hakikat.. nnt kita update Oyen ya 😊 terima kasih mendoakan 💕
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perkongsian video itu dan ada juga yang berkongsi kisah kucing mereka yang serupa seperti oyen.
Walaupun ramai terhibur dengan gelagat oyen, tapi apabila melibatkan emosi haiwan ini, pasti buatkan hati kita semua tersentuh.
Baca: Duduk Elok Tepi Batu Nisan, Ramai Sebak Tengok Oyen Ziarah Pusara Tuannya