Malam semalam, media sosial dibanjiri dengan video-video letupan yang berlaku di Beirut, ibu negara Lebanon. Kejadian ini dipercayai berlaku selepas sebuah gudang yang menyimpan bahan letupan selama 6 tahun ini tiba-tiba meletup.
Ekoran dari letusan ini, ratusan orang awam dilaporkan cedera manakala lebih 70 orang disahkan meninggal dunia dan angka kematian ini dijangka akan terus meningkat.
Dalam video yang diambil oleh beberapa orang berdekatan, korang boleh tengok letupan kedua yang mengeluarkan asap berwarna merah itu ternyata lebih kuat dari letupan pertama dan telah menggegarkan bangunan dan rumah di kawasan tersebut.
https://twitter.com/sandeep_153/status/1290834852036534272?s=20
Selain dari video letupan, terdapat juga video-video menunjukkan reaksi orang yang terkesan dengan letupan ini. Antaranya adalah video seorang pengasuh ini yang tak teragak-agak untuk selamatkan anak asuhannya bila letupan kedua dari gudang tersebut menggegarkan rumahnya.
Dalam video ni korang boleh tengok sendiri budak tersebut tengah main dekat dengan balkoni manakala pembantu rumah ni pula tengah vakum lantai, tapi bila letupan kedua meletus, wanita tu terus mengangkat budak tersebut masuk ke dalam rumah.
Migrant worker grabs toddler and saves her from shattered glass and windows as the second big explosion erupted in Beirut earlier today. She did not even think. Migrant workers deserve better in #Lebanon – this woman is a hero. pic.twitter.com/BKnEUl7D7J
— Luna Safwan – لونا صفوان (@LunaSafwan) August 4, 2020
Video seperti ini dapat membuka mata orang-orang di Lebanon kerana sebelum ini, banyak cerita mengenai layanan buruk yang diberikan oleh majikan terhadap pekerja-pekarja asing ini.
Antaranya, kerana krisis ekonomi yang melanda dunia ini, ramai pembantu rumah dari Etiopia yang dibuang kerja dan dibiarkan merempat di tepi jalan selepas majikan tak mahu membayar gaji mahu pun membeli tiket pulang.
Akibatnya, wanita-wanita ini terpaksa tidur di jalanan tanpa duit untuk pulang semula ke negara mereka atau cari tempat berlindung.
Ramai netizen mengharapkan video ini dapat membuka mata majikan di sana untuk lebih berhati perut dan memberikan layanan yang sama rata seperti layanan yang diberikan oleh orang gaji ini ketika menyelamatkan anak asuhannya dari bahaya.
Pekerja asing layak dapat layanan yang lebih baik dari Lebanon. Wanita ini adalah hero.”