in

[VIDEO] Netizen Respek Elfira Loy Tersenyum Masa Bersalin, Kongsi Tips Dari Bidan

Elfira Loy Bersalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata semua orang tahu bahawa proses melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, mungkin ada cara untuk menyenangkan proses sedemikian. Serious la.. ada ke?

Macam baru-baru ini, pelakon Elfira Loy telahpun melahirkan anak kedua. Tapi, ramai warganet yang mengajukan pertanyaan berhubung proses melahirkan.


Elfira berkata, dia seing mendapat soalan tentang cara mudah melahirkan anak memandangkan dia sudah melalui proses berkenaan sebanyak dua kali.

Dia turut berkongsi video ketika dia sedang berada di dalam bilik bersalin semasa melahirkan anak keduanya melalui media sosial Tiktoknya. 

https://www.tiktok.com/@elfiraloy/video/7158795454019292443?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tambahan pula, Elfira juga tidak menafikan yang dia mengambil suntikan epidural untuk membantu mengurangkan rasa sakit semasa dia melalui proses bersalin.

Katanya, dia mengambil suntikan itu berdasarkan pengalaman melahirkan anak pertamanya, Muhammad Rayyan Khalaf sebelum ini.

Screenshot 2022 10 27 173459

“El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby.. sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm.”

Screenshot 2022 10 27 174407

“Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ni, rasa lebih penat dan macam tak boleh bernafas,” katanya.

Namun, rata-rata netizen memuji kecantikan dan ketenangan aktres itu yang dilihat tenang sepanjang melalui proses bersalin itu.

Screenshot 2022 10 27 173100

Screenshot 2022 10 27 173123

Screenshot 2022 10 27 173154

Menjawab soalan tersebut, Elfira menjelaskan dia tersenyum kerana mendapat kekuatan dan bantuan daripada bidan di hospital berkenaan. Bahkan, bidan itu berpesan kepadanya jika mimik wajah bertukar buruk ketika meneran maka teknik yang dilakukan adalah salah, lapor mStar.

Memang terbaik la cara dia handle proses ni, bukan senang tau nak kekal tenang dalam kedaaan macam ni…

Baca : “Saya cuma perlukan rehat…” – Elfira Loy Alami Tekanan, Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital

Elfira Loy Stress 728X383 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.