in

“Saya cuma perlukan rehat…” – Elfira Loy Alami Tekanan, Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital

Elfira Loy Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang masih belum tahu, tetapi tekanan yang melampau dan berpanjangan sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.


Menurut sumber, banyak penyakit yang boleh terjadi hanya disebabkan oleh tekanan yang kerap, ia termasuklah penyakit berkaitan jantung, masalah penghadaman malah lebih menakutkan ia juga boleh mengganggu kesihatan mental anda.

Pelakon terkenal Elfira Loy berkongsi pengalamannya yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tekanan yang agak teruk.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi dia pada mulanya dia menyedari gejala awal di mana dia berasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit, kemudian sehari selepas itu keadaan makin merisaukan apabila dia terlanggar cermin sisi sebuah kereta.

“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia. Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.

Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” tulisnya.

Pun begitu, Elfira bersyukur kerana selepas diberikan rawatan, keputusannya semua dalam keadaan baik, tetapi jika gejalanya masih berlarutan dia terpaksa melakukan CT scan. Pelakon cantik manis itu juga meminta doa agar kesihatannya pulih seperti sedia kala.

Korang kalau ada gejala yang sama terus pergi hospital ya! 

Baca: “Boleh mental breakdown” –  [VIDEO] Netizen Luah Rasa Stress Hadap ‘Jammed’ Melampau di Lembah Klang

Mental Breakdown Hadap Jammed Setiap Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.