Sudah banyak kes kemalangan yang kita lihat berlaku di lebuhraya melibatkan lori atau treler hingga mengakibatkan kematian.
Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang berhemah kita haruslah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan kalau boleh cuba menegur mereka yang memandu dengan tidak selamat.
“Terpaksa escort sebab risau membahayakan pemandu2 lain”
Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang pemandu trak yang dilihat telah ‘escort’ pemandu treler di lebuhraya antara Bukit Tagar ke Tanjung Malim.
Menerusi perkongsian @tobengshah di TikTok, dia telah merakam kejadian mencemaskan tersebut yang mana dia bersama beberapa pemandu lain di atas jalan raya membunyikan hon dan cuba membantu pemandu yang membawa treler dalam keadaan berbahaya itu ke lorong paling hujung.
@tobengshah mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fypburungantu//
Terima kasih sahabat2 lori dan bas terutama lori merah yang sanggup escort sampai Tanjung Malim. Alhamdulillah,” tulisnya.
Menurutnya kejadian tersebut berlaku berkemungkinan kerana pemandu treler tersebut terlalu mengantuk.
Katanya lagi, sebaiknya pemandu tersebut berhenti di tepi jalan daripada membahayakan nyawa sendiri dan orang lain dengan membawa kenderaan dalam keadaan sebegitu.
“Terbaik bang… tanpa sedar abang dah selamatkan ramai nyawa”
Rata-rata netizen telah memuji tindakan ‘pilot darat’ berkenaan kerana dia telah membantu menyelamatkan ramai nyawa.
Bayangkan kalau pemandu mengantuk itu terbabas dan sebabkan kemalangan… alahai seramnya!
Salute dengan abang ni! Sama-sama kita jaga keselamatan pengguna jalan raya untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.