Bukan hanya masjid je, secara logiknya mana-mana tempat ibadat pun tak akan benarkan untuk bawa haiwan masuk sebab nak jaga kesucian dan kebersihan tempat tu.
Tapi yang jadi di Sentul, Bogor Indonesia ni lain pula. Semalam, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya masuk ke dalam masjid.
Bukan tu je, dari video tersebut, wanita ini juga dengan ‘selambanya’ pakai kasut masuk ke dalam masjid tersebut. Ish tak ada adab ke?
Dalam video ni juga, korang boleh tengok seorang jemaah lelaki menyuruh wanita ini untuk keluar dari masjid tersebut dengan menolak wanita ini tapi tak dilayan.
Oleh itu, jemaah tersebut telah bertindak kasar dengan mencampak telefon wanita tersebut dan menyebabkan wanita ini menyepaknya hingga berlaku pergelutan.
https://www.facebook.com/mimie.alias/videos/2545839758761152/?s=100000359633908&sfns=mo
Manakala, jemaah lain yang berada di situ cuba untuk menghalau anjing tersebut dan mempertikaikan tindakan wanita itu yang berjalan di atas karpet masjid sambil memakai kasut. Yelah, situ tempat orang solat kan, kalau dah anjing tu berak ke kencing dah satu kerja besar pulak.
Menurut Kompas.com, wanita ini dikatakan datang ke masjid tersebut kerana mencari suaminya yang dikatakan bernikah di situ. Namun, suami wanita ini tak kelihatan di dalam video. Apabila jemaah di situ tanya tentang agama wanita ini, dia menjawab dia beragama katolik.
Untuk pengetahuan korang, wanita ini telah pun ditahan oleh pihak polis di sana dan di bawa ke balai untuk disoal-siasat.
Menurut ketua polis di sana, siasatan awal menunjukkan yang wanita ini mungkin mengalami depression tapi siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ekoran dari video yang tular ini, ramai netizen yang marah dengan tindakan wanita ini yang dikatakan tak hormat dengan agama orang lain dan merasakan yang dia perlu dihukum atas tindakannya itu.
Maybe perempuan ni dah stress sangat sampai tak boleh fikir mana betul mana salah kot?
Baca: “Apa salah saya?” – Disangka Pencuri, Pemuda Dibelasah Gara-Gara Masuk Masjid Lewat