Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, memaparkan beberapa orang penumpang yang dilihat sedang berjalan di atas sebuah landasan keretapi telah meraih perhatian netizen.
Kejadian itu dikatakan berlaku setelah servis aerotrain KLIA terkandas dan terpaksa diberhentikan serta-merta disebabkan faktor keselamatan.
Perkhidmatan aerotrain di KLIA dihentikan sementara atas tujuan keselamatan sehingga notis lanjut.
MAHB mohon maaf.
Video awam pic.twitter.com/WuaZXaQaEf
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 2, 2023
Susulan kejadian tersebut, Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata keputusan yang diambil selepas insiden membabitkan aerotrain terkandas pada jam 3 petang di KLIA telah membabitkan 114 orang penumpang.
Semasa insiden berlaku, dipercayai sebuah aerotrain terhenti secara mengejut di atas landasan serta aerotrain ‘penyelamat’ yang sepatutnya mengambil mereka juga mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter.
Beliau menambah, kejadian ini adalah kali kedua berlaku di mana penumpang terpaksa berjalan di atas landasan disebabkan masalah teknikal tren sejak mereka mula beroperasi 25 tahun lepas.
Difahamkan, bantuan termasuk penginapan dan tiket penerbangan telah disalurkan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan akibat insiden semalam.
Sehubungan itu, Iskandar Mizal berkata kerja pembaikpulihan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos sebanyak RM700 juta.
“Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ‘hidup’ dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala pembinaan aerotrain baharu juga harus diteruskan,” katanya sekali gus memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Sumber : Harian Metro, Twitter
Harap insiden ini dapat dielakkan pada masa akan datang..
Baca : “Gerak kerja tersusun” – Lepas LRT & KTM, Anthony Loke ‘Spotcheck’ KLIA2 Pula