Bila kita scroll media sosial, pasti akan ada berlaku kes seseorang sengaja buat-buat dirinya dilanggar, sampaikan ada yang nak naik angin sebab tak langgar dia.
Tapi, kita dapat lihat kes macam ni selalunya berlaku di luar negara, cuma dalam video dari Twitter @My_CrimeWatch ini dikatakan dah mula berlaku di Klang.
Biasa berlaku di luar negara, kali ini berlaku di Klang.
Dalam video yang berdurasi 45 saat itu, rakaman dashcam menunjukkan kereta yang dipandu agak laju. Selepas selekoh, tiba-tiba individu yang berdiri di tengah garisan jalan dengan melulu terus rempuh kereta ini sementara pemandu brek kecemasan.
Dilihat sampai retak cermin kereta pemandu, orang ramai mengelilingi dan berkumpul dekat lokasi kejadian. Klik sini untuk video penuh:
Dalam masa 13 jam ia dimuatnaik, video ini telah meraih 1,876 retweets dan berdasarkan pemerhatian mereka, lelaki (orang yang dilanggar) itu dilihat seperti sengaja merempuh kereta itu, menurut rakaman, kejadian ini berlaku pada 7 April 2022 kira-kira jam 12.08 tengah hari.
Malah, ada yang membuat firasat bahawa lelaki tersebut sengaja bertindak sedemikian sebab nak tuntut insurans bagi mendapatkan wang dengan jalan mudah.
Berdasarkan kejadian ini juga, ramai yang menasihati bahawa pentingnya pasang dashcam dekat kereta kita.
Kalau lah dia memang sengaja, sumpah min tak faham, orang lain punya nak elak malang, dia ni makin nak tadah diri dapat malang.
Baca : Terus Cabut Nombor Plat Lepas Dilanggar Kereta, Ramai Terkejut Dengan Tindakan Lelaki Ini