in

[VIDEO] Lelaki Positif Covid Print Kadbod Besar, Tak Nak Terlepas ‘Group Photo’ Wedding Kawan

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang buat wedding masa tengah pandemik ni mesti fahamkan yang kadang-kadang tu ramai tak boleh datang sebab close contact atau pun positif.

Disebabkan ini, kenalah redha je bila tetamu yang datang tak seramai yang diharapkan. Ye lah, kadang-kadang tu kawan kita memang nak sangat datang tapi tulah…


Sama juga macam kes yang tengah viral dekat TikTok sekarang bila seorang lelaki kena kuarantin akibat positif Covid-19 sampai tak boleh nak datang wedding kawannya.

Tapi disebabkan dia tak nak terlepas group photo, dia tetap datang juga ke majlis perkahwinan rakannya. Tapi jangan silap, dia tak bahayakan orang lain pun sebab dia mintak kawan dia bawak gambar yang dia dah print dekat kadbod sebesar manusia! Hahaha kreatif betul

@adzrifsidek

Senang kerja photographer, tak payah photoshop 😮‍💨🤌🏻

♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat pengantin lelaki turut komen video yang dimuat naik oleh jurugambar ni. Katanya, dia hanya minta rakannya itu print gambar bersaiz A3, sekali…

Wedding saya ni ??. Mula2 saya mintak member print A3 ja sebab nak kasi ada sekali dalam gambar. Elok dia pulak gi print human scale ?”

“Effort betul”

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang berdekah habis dengan idea lelaki ni. Sampaikan ada orang dapat idea kalau pasangan dorang tiba-tiba positif masa hari perkahwinan, boleh je ganti pakai kadbod. Shopee pun puji ni!

Screenshot 2022 03 09 At 6.08.23 Pm Down

Hahahaha min tengok pun berdekah ni. Nasib baik kawan-kawan dia sporting nak usung dia ke sana-sini masa wedding tu.

 

Baca: Kreatif! Pasangan Ini Ambil Gambar Kahwin Menggambarkan Hubungan Mereka 50 Tahun Dari Sekarang

Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.