in

[VIDEO] Lelaki Diculik Di Pandan Indah, Didakwa Angkara Hutang Dengan Majikan

Ft Lelaki Kena Culik Pandan Indah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial hari ini berkenaan dengan kes penculikan seorang lelaki di Pandan Indah, dalam video tersebut dilihat mangsa cuba bergelut untuk melepaskan diri namun gagal sebelum dibawa lari oleh kenderaan jenis MPV berwarna putih.


Dalam video selanjutnya, dilihat orang awam mengejar kenderaan tersebut, video tersebut tular dan telah mendapat perhatian pihak berkuasa.

 

Angkara hutang dengan majikan

Memetik laporan Kosmo! Punca mangsa dilarikan secara paksa  itu adalah disebabkan hutang dengan pihak majikan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran, Jalan Pandan Indah 1/23d, Pandan Indah semalam. Beliau telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5.03 petang.

Screenshot 2022 09 30 152905

“Siasatan dapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan umur 38 tahun bekerja ahli perniagaan yang mana sebelum kejadian, mangsa telah pergi makan seroang diri ke restoran berkenaan, semasa di dalam restoran, sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta Vellfire Putih.”

Katanya, mangsa pada ketika itu menjerit minta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya sebelum dilarikan dari tempat kejadian.

 

Dah dilepaskan

Screenshot 2022 09 30 152918

Kata Farouk lagi, pada hari yang sama (semalam), kira-kira jam  10.45 malam, mangsa telah hadir ke IPD Ampang Jaya. Katanya, mangsa dipercayai telah dilepaskan di Klang dan mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka.

Screenshot 2022 09 30 152930

“Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Ampang, dipercayai kejadian akibat masalah hutang dengan pihak majikan. Dalam kejadian ini juga turut tular di laman sosial WhatsApps tentang kejadian berlaku yang melibatkan sebuah kenderaan Toyota Vellfire warna putih.”

Tambah beliau, pihak polis kini sedang berusaha mengesan suspek yang telah dikenal pasti. Dalam pada itu, pihak polis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan.

Baca : “Adik mari ikut abang…” – Cubaan Menculik Gagal, Pelajar Darjah 4 Menjerit Lepas Kena ‘Umpan’

Culik Gulagula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.