in

[VIDEO] Konon Ajak Teman Jumpa ‘Client’, Video Ubai Lamar Shila Sehari Sebelum Tunang Buat Netizen Cair

ft Shibai melamar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara kita yang mengikuti kisah percintaan penyanyi, Shila Amzah dan Ubai yang telah selamat mengikat tali pertunangan pada bulan Mei lalu dalam sebuah majlis yang dibuat secara tertutup.

Baru-baru ini telah tular sebuah video, memaparkan momen indah pasangan itu apabila Ubai bertindak melamar Shila ketika makan malam di sebuah taman tema dengan cara ala-ala Hollywood.


@ubaimz

She said yes ! #sembangentertainment

♬ A thousand years – Zeus

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, influencer berusia 25 tahun itu dilihat melamar Shila dengan memaparkan sebuah banner yang tertulis ayat ‘Will you marry me Sha?’.

Shila dilihat sangat terkejut serta mendedahkan bahawa dia langsung tidak mengetahui mengenai perancangan yang dibuat oleh Ubai untuk melamarnya sehari sebelum mereka bertunang.

Menurut Shila, Ubai memintanya menemani untuk bertemu client bagi urusan kerja dan turut meminta Shila untuk memakai pakaian yang cantik sebelum ke lokasi tersebut.

“Dia cakap ada klient dekat Sunway untuk buat review. Dia siap pesan suruh saya pakai cantik-cantik,” katanya.

Screenshot 2 2

Dalam pada itu, Shila sama sekali tidak menyangka Ubai akan melamarnya kerana niatnya hanya ingin membantu kekasihnya itu mencari duit untuk perkahwinan mereka.

Menjawab persoalan netizen, Shila turut menjelaskan bahawa Ubai membuat lamaran tersebut sehari sebelum mereka melangsungkan majlis pertunangan mereka.

“Ada orang cakap dah tunang pun nak melamar lagi. Tapi sebenarnya Ubai melamar saya sehari sebelum tunang,” jelas Shila.

“Tak sangkat se-sweet ini Ubai ye” –  Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Ubai yang dikatakan sangat sweet ketika melamar Shila dan ramai yang mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan.

Screenshot 1

Sweet betul eh Ubai nii..

Sumber : mStar

Baca : Shila Amzah, Ubai Ikat Tali Pertunangan

collage 31 1 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.