Kalau kita berada di atas jalan raya sudah tentu toleransi antara pengguna lain seharusnya diutamakan agar tidak berlaku apa-apa perkara yang mendatangkan musibah tanpa kira apapun jenis kenderaan yang dinaiki.
Namun, ada juga pengguna jalan raya yang tidak ada rasa toleransi terhadap pengguna lain apabila sesetengah daripada mereka melakukan lagak yang menjengkelkan sehingga menyusahkan orang lain.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan situasi di sebuah jalan di Kuala Lumpur yang memaparkan keadaan sebuah kenderaan yang telah membuat onar sehingga menyusahkan pengguna lain.
Kereta Myvi ‘block’ laluan bas sampai jalan sesak
Video yang berdurasi 1 minit 15 saat itu telah dikongsikan di Facebook, memaparkan situasi sebuah kereta Myvi yang bertindak mementingkan diri sendiri dengan memarkir di garisan kuning dan menghalang laluan bas untuk masuk ke ruangan tersebut.
https://www.facebook.com/1026606919/videos/1543758449427667/
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan stesen LRT mempunyai kawasan yang khusus supaya tidak mengganggu aliran trafik apabila bas dan kereta menggunakannya.
Dalam kes ini, pemandu Myvi memutuskan untuk berhenti di luar zon yang ditetapkan lalu menyebabkan kesesakan lalu lintas kecil di kawasan tersebut.
Dah kena ‘sound’ pun tak beranjak!
Walaupun dah kena hon banyak kali pun, pemandu tersebut seperti menutup telinga dan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengalihkan kenderaan di tempat yang sepatutnya. Sampai dah ada orang marah pun, kereta itu hanya beranjak sedikit sahaja daripada kawasan tersebut.
“Pemandu Myvi ni memang ada masalah ke? Apalah dey! Jangan jadi selfish la!”
Bagi min, ingatlah pengguna jalan yang lain dan janganlah jadi selfish dalam apa jua pun tindakan kita.
Baca: [VIDEO] Netizen Puji Pemandu Trak ‘Escort’ Driver Treler Mengantuk Tengah Highway