in

[VIDEO] Kena ‘Bodyshame’ Masa Bertunang, Netizen Puji Bakal Mak Mentua Backup Tunang Anak

Ft Cincin Susah Masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerimaan gurauan zaman sekarang tak sama macam dulu, sebelum ini mempersendakan fizikal orang boleh dianggap sebagai satu bahan lawak tetapi sekarang sudah mula ada kesedaran mengenai bodyshaming yang mana boleh membuatkan air muka mangsa jatuh dan mengguris perasaannya.


Biasanya kejadian ini akan berlaku ketika berada di khalayak ramai dan gurauan jenis bodyshaming ini dilakukan oleh generasi lain yang masih anggap ia sebagai satu bahan hiburan.

Salah satu contoh yang terjadi adalah kepada wanita yang dikenali sebagai Farhana ini semasa di majlis pertunangannya.

“Bukan boleh sarung pun”

Dalam satu posting video di TikTok yang telah meraih lebih 300K jumlah tontonan dalam masa 12 jam, ia menunjukkan detik indah dalam hidup Farhana iaitu bakal ibu mentua ingin sarungkan cincin pertunangan kepadanya sebagai tanda ikatan bahawa dia telah menjadi ‘milik orang’.

Bagaimanapun, detik indah itu terganggu seketika apabila wanita yang mesra disapa dengan panggilan Nana ini mendakwa ada seorang makcik yang bermulut lancang mengatakan “bukan boleh sarung pun” dek kerana fizikalnya.

Namun begitu, bakal ibu mentuanya itu dilihat sangat baik dan membela bakal menantunya itu dengan hanya menjawab “boleh” sambil menunjukkan cincin itu telah berjaya disarungkan dengan baik sebelum mereka bersalaman dan ia membuatkan Nana menzahirkan rasa sayangnya itu terhadap bakal ibu mentuanya.

“Not at that sarung cincin moment, some makcik suddenly interrupted “Nak masuk pun tak boleh” but my future MIL replied by saying “boleh?” ??

@farhananzm

Not at that sarung cincin moment, some makcik suddenly interrupted “Nak masuk pun tak boleh” but my future MIL replied by saying “boleh😊” 🥰🥰

♬ original sound – Nanananana 💋 – Nanananana 💋

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang marah dengan tutur kata biadap makcik tersebut dan ada yang gesa Nana untuk tidak menjemput makcik tersebut pada hari persandingannya.

Pandai jaga air muka menantu – Netizen

Dalam pada itu ramai juga yang memuji bakal ibu mentua Nana yang sangat bagus dalam melindungi air muka bakal menantunya itu.

Screenshot 2023 05 23 165012

Screenshot 2023 05 23 165035

Screenshot 2023 05 23 165141

Screenshot 2023 05 23 165035 1

Bertuah gadis ini dapat bakal mentua yang baik hati macam ni, semoga mereka yang belum berkahwin dikurniakan bakal mentua sebaik ini dan semoga urusan Nana untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Amin

Baca : [VIDEO] Pasangan Indonesia Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

Mas Kahwin Tiket Coldplay 1 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.