Tak dinafikan bila kita upah orang untuk menjaga anak atau haiwan kesayangan ada risiko yang perlu ditanggung. Walaupun kita selalu berusaha untuk mencari yang terbaik, tapi perkara-perkara yang dibuat di belakang kita tetap susah untuk dijangka.
Macam baru-baru ini, seorang wanita, Rosella telah memuat naik video di TikTok menunjukkan kucing-kucing kesayangan yang diberikan kepada orang untuk dijaga telah dilayan dengan kasar.
Dalam deskripsi video tersebut, Rosella mengatakan wanita di dalam video tersebut merupakan orang lama di kawasan tempat tinggalnya. Penduduk-penduduk di sana sering meminta wanita tersebut untuk mengemas rumah, menjaga rumah, kucing dan sebagainya.
Malah, rata-rata orang yang telah menggunakan perkhidmatan wanita ini dikatakan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Tapi…
Dia orang lama area kawasan rumah dan memang orang selalu panggil kemas rumah, jaga rumah, kucing kalau balik kampung…
Rata-rata semua kata ok, tapi disebaliknya kita tak tahu.”
@rosella_rosell Aku mmg xboleh terima manusia gini gaya… kau nk lepas geram bebal ke ape boleh x jgn dekat anak2 aku?!!! Pakkal aq balik kg lama jerr 😭😭😭
Selepas melihat sendiri tindakan orang upahannya menjaga kucing tersebut, Rosella telah meminta jiran sebelah rumahnya untuk tolong tengokkan.
Menurut pengguna TikTok ini lagi, dia terpaksa pulang ke kampung kerana neneknya sakit dan walaupun selepas melihat rakaman tersebut, dia terpaksa menangguhkan lagi niatnya untuk pulang ke rumah kerana kawasan rumah dinaiki air.
https://www.tiktok.com/@rosella_rosell/video/7046780952604888347?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video kucing yang dilayan dengan kasar tersebut telah mendapat lebih dua juta tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan tak puas hati mereka dengan wanita di dalam video tersebut.
Allahu, ada ke macam ni dia buat kucing-kucing tu? Kalau tak boleh nak jaga kenapa ambil jugak kerja ni? Harap dapat balasan yang sepatutnya
Baca: Sekumpulan Pekerja Risikokan Nyawa Selamatkan Kucing Dibawa Arus Deras Ketika Hujan Ribut