in

[VIDEO] Jadi ‘Highlight’ Perbarisan Hari Kebangsaan, Ramai Teruja Nak Tengok Gelagat Anjing K9

Anjing K 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Esok merupakan tarikh keramat yang dinantikan setiap tahun untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Pasti ramai yang ternanti-nanti melihat persembahan perbarisan dan perarakan kemerdekaan setiap wakil agensi kerajaan mahupun swasta. Untuk tahun ini, sambutan kemerdekaan kali ke-66 akan disambut meriah di dataran Putrajaya.


Selain daripada aset-aset tentera yang berteknologi canggih, satu lagi aset bakal mencuri tumpuan perbarisan pada tahun ini ialah dari unit K9.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, salah satu perbarisan yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung adalah unit K9 daripada Polis Diraja Malaysia.

@the.mmbunga

Raptai Hari Kemerdekaan 66 🫡 #raptaikemerdekaandiputrajaya2023 #raptaipenuh #sambutankemerdekaan2023 #semangatmerdeka #k9unit #k9softiktok

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Walaupun dalam acara raptai, kelibat anjing-anjing dari unit K9 yang lengkap memakai kasut ini berjaya menarik perhatian pengunjung.

Anjing-anjing dari unit itu turut diiringi oleh pengendali masing-masing yang lengkap berpakaian kemas.

Difahamkan, anjing-anjing tersebut menjadi highlight untuk perbarisan pada tahun ini sempena jasa besar mereka mencari mangsa tanah runtuh di Batang Kali pada Disember tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu teruja dan memuji kecomelan kesemua anjing-anjing tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga berseloroh agar tali kasut diikat kemas supaya kejadian perbarisan tahun lepas tidak berulang lagi.

Screenshot 2023 08 30 142440 Screenshot 2023 08 30 142455 Screenshot 2023 08 30 142620 Screenshot 2023 08 30 142627

Siapa yang pergi sambutan Hari Kebangsaan esok jangan lupa menyapa dan rakam aksi comel hero-hero Malaysia ni!

Baca: “Ni baru rehearsal” – Netizen ‘Goosebump’ Tengok Raptai Penuh Hari Kemerdekaan Tahun Ini
Raptai Hari Kemerdekaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.