in

[Video] Ingatkan Culik Bayi, Rupanya Ibu Kandung Usia 17 Tahun Bawa Lari Anak Dari Ibu Angkat

Ft Bayi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki yang mengendong seorang bayi ke motosikal sebelum didatangi seorang lagi wanita dan mereka terus membonceng motosikal itu pergi dari kawasan kejadian.


Video yang tular di Instagram @info.semasa ini membuatkan ramai netizen membuat spekulasi bahawa kejadian itu adalah kes curi bayi. Namun, terbongkar kisah sebenar rupa-rupanya wanita yang menunggu di motosikal itu adalah ibu kandung kepada bayi berkenaan.

View this post on Instagram

Bukan kes culik bayi, tapi berebut anak angkat . Melaka: Polis mengesahkan penularan satu klip video kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, sejak hari ini adalah berpunca daripada masalah keluarga. . Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan, sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat. . "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya. . Menerusi video berdurasi 42 saat yang tular itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan ibunya sendiri berusia 17 tahun dan bukannya diculik. . Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan. . Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal. . Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu. . Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua-dua mereka dikatakan saling mengenali. . Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 10:14 PM . Oleh: Amir Mamat Video: Media sosial #HarianMetro #melaka #infosemasa

A post shared by INFO.SEMASA (@info.semasa) on

 

Bukan culik tapi berebut anak

Menurut Harian Metro, polis telah mengesahkan bahawa kejadian bawa lari bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, Melaka semalam adalah berpunca daripada masalah keluarga.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Superitendan Yusharifuddin Mohd Yusop telah mendedahkan kes terbabit bukanlah diklasifikasikan sebagai kes penculikan, tetapi berlakunya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.

Menerusi video yang berdurasi selama 42 saat itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan yang berusia 5 bulan itu telah dilarikan oleh seorang lelaki dan ibu kandungnya sendiri yang berusia 17 tahun.

Feat Bayi

 

Ibu angkat tengah buat Mykid, sekali anak kena ‘rampas’

Ibu angkatnya itu dikatakan telah datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan. Namun secara tiba-tiba, datang pula seorang lelaki ‘merampas’ bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil.

Lelaki itu telah membawa bayi itu ke tempat letak motosikal dimana ibu kandungnya sedang menunggu dan mereka terus berlalu pergi bersama bayi itu dengan motosikal.

Bawa Lari 1

Kejadian itu dikatakan berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi itu.Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan saling mengenali antara satu sama lain.

Allahu, cuba bincang baik-baik dari ‘rampas’ macam tu je. 

Baca: “Kesian budak tu yang jadi mangsa” – Parents Berebut Anak Depan Sekolah Disangka Mangsa Culik

Baca Baby

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.