Mesti ada di antara korang yang suka luangkan masa hujung minggu bersama rakan-rakan, tak kisah lah buat aktiviti bersama ke ataupun check in beramai-ramai untuk menenangkan fikiran.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki yang terkejut dan hairan apabila terdengar suara aneh ketika mereka sedang menginap di sebuah vila.
Suara perempuan menyanyi?
@fendihamzah SERAM MAT #jeram #selangor #villa
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Video yang telah tular itu mendapat 604K tontonan dan meraih 14.5K tanda suka di platform media sosial TikTok ketika artikel ini ditulis.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat gelagat beberapa rakan yang kehairanan setelah mikrofon yang berada di dalam vila itu ‘bernyanyi’ dengan sendirinya.
Setelah diteliti, suara wanita tersebut sedang menyanyikan lagu yang berjudul ‘A Thousand Years’ oleh Christina Perri.
Pada waktu kejadian, mereka semua sedang melepak dan jam menunjukkan pada jam 2 pagi di sebuah vila yang tidak dinyatakan tempatnya.
@fendihamzah Replying to @⚡TheFlashMalaysia ⚡ sambungan dia. #seram #jeram #selangor
Dalam video berlainan menunjukkan bahawa mereka semua yang berada di vila tersebut adalah lelaki dan tiada seorang wanita pun yang kelihatan.
Ada juga warganet yang mengatakan, kemungkinan ada jiran yang tersilap connect kepada speaker mereka kerana ia dikawal menggunakan ciri bluetooth.
@fendihamzah Replying to @NailiAzman sebelah takde orang semalam.
Pemilik akaun tersebut juga telah memberikan penjelasan dan menunjukkan kawasan sekeliling dan dia amat pasti bahawa tiada orang lain yang berdekatan di kawasan vila mereka.
Netizen terkejut!
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut dan ada juga netizen yang berkata mungkin ada orang lain yang tersalah connect.
Pehhh kalau jadi dekat min macam ni, min pun serammmm..