Bagi mereka yang memohon pengeluaran khas RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kebanyakan daripada mereka sudah pastinya telah mendapat wang berkenaan.
Wang yang diperolehi daripada KWSP ini boleh dianggap sebagai satu sinar baru bagi mereka yang amat-amat memerlukannya termasuklah seperti perkongsian seorang wanita di TikTok ini.
“Dapat duit KWSP terus beli kereta”
Menerusi perkongsian @hello_eyka di TikTok, dia berkongsi kegembiraannya dalam membeli sebuah kereta kancil merah dengan menggunakan wang KWSP yang diterima.
@atikah_la_la_la rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊
Menurut pemilik TikTok ini, sebelum ini mereka sekeluarga menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk ke mana-mana.
Malah ceritanya lagi, mereka terpaksa membawa anak yang masih kecil dengan menaiki motor dalam panas dan jika anak mahukan susu, mereka terpaksa berhenti tepi jalan untuk membuatnya. Alahai kesiannya…
Eyka juga telah berkongsi satu lagi video memaparkan anak-anaknya sangat teruja menaiki kereta baru untuk ke sekolah. Sebak pulak min bila tengok.
@atikah_la_la_la harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊
“Bila baca komen baru tahu ramai yang masih tak ada kereta”
Video tersebut telah menyentuh perasaan netizen yang mana rata-rata netizen sangat terharu melihat kegembiraan di wajah anak wanita itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi kisah masing-masing mengenai pengalaman mereka tidak mempunyai kereta dan bermula dengan membawa kereta kancil. Kereta legend ni!
Dapatlah beraya dengan kereta baru kan tahun ni? Syukur…
Baca: Tular Gambar Wanita Pegang Duit RM10K, Anak Perjelas Sebab Beri Duit KWSP Pada Emak