in

[VIDEO] Disebabkan Kawan ‘High’ Hisap Vape, 16 Remaja ‘Buat Kecoh’ Dekat Mall Di Bukit Bintang

Gaduh5

Akibat tak puas hati rakan khayal selepas menghisap vape, satu kekecohan tercetus apabila berlakunya pergaduhan yang melibatkan 16 orang remaja lelaki yang terdiri daripada umur lingkungan 13 hingga 25 tahun di sebuah mall di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian yang berlaku pada 20 Mac 2021 lepas itu melibatkan 15 orang lelaki melayu dan seorang lelaki india.

Tambahnya lagi, tangkapan reman selama 3 hari bermula 21 Mac 2021 untuk tindakan dan tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati punca pergaduhan disebabkan ketidakpuasan hati di kalangan kumpulan tersebut apabila salah seorang daripada rakaannya pengsan dn berada dalam keadaan khayal setelah menghisap vape.”

Kata Mohamad Zainal, kesemua yag terlibat didapati negatif dadah setelaah hasil ujian saringan urin dilakukan.

“Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada.”

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Baca : “Selalu gaduh dengan suami” – Pengusaha Katering Diburu & Diugut 18 Ah Long Lepas Pinjam Hampir RM70,000

Gaduh