in

“Video dimanipulasi”- Aaron Aziz Nafi Pertikai Aktivis Global Sumud Flotilla

Aaron Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan penahanan aktivis dan sukarelawan yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla, termasuk peserta-peserta dari Malaysia, tular di media sosial sebuah video temu ramah pelakon Aaron Aziz mengenai isu Palestin.

Namun, timbul salah faham yang mendakwa pelakon tersebut mempertikaikan aktivis yang terlibat dalam misi tersebut. Difahamkan, video temu bual Aaron Aziz telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.


Bagi menjelaskan perkara sebenar, Aaron telah memuat naik video di platform media sosialnya.

aaron aziz

Difahamkan, video temu bual Aaron Aziz itu telah dipotong pendek sebelum dikongsikan sehingga potongan video itu telah menimbulkan salah faham.

Artikel berkaitan: “Saya bersedia” – Farah Lee Kongsi Video Persediaan Sebelum Ditahan Oleh Tentera Isr*el

Artikel Berkaitan: Selepas Flotila Ditahan Di Perairan Antarabangsa, Ini Apa Yang Berlaku Pada Peserta Global Sumud Flotilla 2025

Menurut pelakon filem KL Gangster itu, dia tidak pernah menyentuh mengenai aktivis kemanusiaan termasuklah yang terlibat dalam misi GSF ke Gaza itu.

Dalam video temu bual itu, menurut Aaron, dia telah ditanyakan soalan ‘Apa pendapat Dato’ Aaron mengenai selebriti atau artis yang tidak bersuara mengenai isu di Palestin?

Menurut Aaron Aziz lagi, dia merupakan seorang Muslim, jadi sudah tentulah dia menyokong Gaza dan hak-hak kemanusiaan yang sepatutnya diperolehi oleh penduduk di sana.

Difahamkan juga, temu bual tersebut telah dirakam dua minggu lalu.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.