Macam yang korang tahu, sejak akhir-akhir ni ramai betul orang yang mengadu pasal eskalator yang disediakan di tempat-tempat awam banyak yang rosak.
Tapi baru-baru ini, Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memuat naik video menunjukkan tindakan vandalisme yang dibuat oleh seorang remaja.
Dalam rakaman yang berlaku di Sri Rampai ini, dapat dilihat seorang remaja memakai baju hitam telah menekan butang berhenti pada eskalator di sana sebelum berlalu pergi.
Tindakan remaja ini menakan butang kecemasan berhenti itu telah menyebabkan perkhidmatan eskalator di sana tergendala.
https://www.facebook.com/watch/?v=1775890319417963
Eskalator ini baru sahaja dibaiki dan diaktifkan semula untuk kemudahan orang ramai.”
Menurut pihak DBKL, mereka tak pasti apa niat remaja tersebut namun menegaskan tindakan tersebut adalah dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme,
Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.”
Namun begitu, DBKL tidak menjelaskan sama ada mereka akan mengambil tindakan atau tidak ke atas remaja tersebut tapi menasihati orang ramai untuk sama-sama menghargai kemudahan awam yang disediakan.
Kenapalah dia buat macam tu, buatnya orang yang memang susah nak naik tangga dah tak pasal-pasal menyusahkan…
Baca: Tular Gambar PM & MB Johor Tunjuk Eskalator & Autogate ‘Rosak’ Di CIQ JB