Dengan industri muzik tanah air yang sedang berkembang pesat, ramai artis yang cuba untuk menghasilkan lagu baru agar dapat menarik minat pendengar.
Namun bukan itu sahaja yang menarik perhatian pendengar, kolaborasi antara artis terkenal juga akan mendapat perhatian.
Baru-baru ini lagu Swipe oleh Alyph telah menjadi bualan hangat warganet oleh kerana liriknya yang catchy serta penampilan DSV dalam lagu berkenaan.
Oleh itu, penyanyi rap, Caprice telah menyatakan hasratnya untuk mengikut jejak langkah kawan baiknya itu (Alyph) dan melakukan kolaborasi ataupun nyanyian duet bersama Dato’ Aliff Syukri.
https://www.instagram.com/p/CkdsjUSJFs7/?hl=en
Caprice nak ‘collab’ dengan Aliff Syukri, tapi tanpa part ‘menyotong’
Menerusi posting di media sosial Instagramnya, Caprice mengucapkan tahniah kepada Alyph atas kejayaan lagu Swipe dan telah mengajak usahawan kontroversi, Aliff Syukri untuk membuat lagu bersama-sama Caprice.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah, Caprice telah menetapkan syarat kepada Aliff Syukri untuk tidak melibatkan adegan ‘menyotong’ jika ingin berkolaborasi dengannya.
Di dalam posting yang sama juga, Caprice telah menitipkan pesanan kepada orang yang mengalami depresi untuk mencari orang terdekat dan meluahkan apa yang terbuku di hati.
Netizen tak setuju Caprice duet dengan Aliff Syukri sebab…
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Caprice yang seolah-olah memerli Aliff Syukri susulan kes baru-baru ini mengenai muzik video Dato’ Aliff.
Sokong Cap! Lagu terbayekk
Ada juga warganet yang tidak sabar untuk mendengar lagu kolaborasi antara Caprice dan Aliff Syukri serta menyokong tindakan Caprice.
Pehh Caprice collab dengan Aliff Syukri? Biar betul… Apa pendapat korang?
Baca : Caprice Diminta Ulas Isu Ning Baizura Pertahankan Golongan LGBTQ