Macam yang kita tahu, Pasukan Bomba dan Penyelamat kita memang boleh dibanggakan. Mana taknya, dari kebakaran, selamatkan ular hingga keluarkan lalat dari dalam almari pun dorang sanggup tolong.
So, dah sampai masanya satu dunia tahu betapa handalnya pasukan bomba Malaysia ni!
Baru-baru ni, The Dodo – media pertama Amerika yang menceritakan tentang kisah haiwan – telah memuatnaik video abang bomba kita selamatkan anak kucing di Instagram mereka.
Deskripsi video ini mengatakan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang “hidupkan” satu anak kucing selepas dorang selamatkan ia dari sebuah rumah terbakar.
Setelah beberapa lama abang bomba ni buat CPR ke atas anak kucing ini, ia akhirnya mengiau dan denyutan nadinya kembali stabil.
Bukan tu je, lepas anak kucing ni berjaya diselamatkan, abang-abang bomba ni turut letakkan ubat pada muka anak kucing tu! Awww
Selepas yakin anak kucing ni betul-betul dah okay, ia diserahkan semula kepada keluarga pemilik kucing tersebut.
https://www.instagram.com/tv/B7WX30lBwVJ/?igshid=1fhu2g66nh5j8
Video yang dimuatnaik oleh The Dodo ini telah pun mendapat tontonan hampir 1.7 juta setakat ini. Bukan tu je, video ini turut dapat tanda suka dari pelakon popular Jennifer Aniston dan pujian netizen dari serata dunia tau!
Nice job abang bomba! Admin stannnn