Korang kat sini ada yang dah dapat cuba tak Sambal Nyet Khairul Aming?
Macam yang korang tahu, sejak Khairul Aming ni buka jualan Sambal Nyet Berapi, dia sentiasa kongsikan kelemahan dan perkembangan jualan dia kepada followers.
Fast forward, sekarang dah setahun berlalu sejak Sambal Nyet pertama kali dijual. Kali ini, Khairul Aming siap buat townhall untuk semua followers dia tau. Dekat bawah ni adalah beberapa perkara yang dikongsikan sepanjang setahun ini. Wahhh gempak takde nak sorok-sorok.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Sambal Nyet berjaya cecah jualan RM7.5 juta
Menurut influencer ini, selepas setahun produknya ini dilancarkan, dia telah pun berjaya menjual sebanyak 540,000 botol Sambal Nyet untuk tahun pertama bersamaan dengan RM7.5 juta. Wowww
Buka kilang seluas 14,000 kaki persegi!
Bermula dengan memasak di rumah, Khairul Aming kini telah pun membuka kilangnya sendiri seluas 14,000 kaki persegi. Katanya, walaupun berisiko, dia bertekad untuk buka kilang kerana mahu belajar dari A-Z.
Banyak kesilapan sepanjang pembuatan kilang sendiri
Khairul Aming turut menyatakan yang sepanjang pembikinan kilangnya ini, dia banyak membuat kesilapan seperti tersalah beli mesin, material, tersilap reka layout dan macam-macam lagi. Selepas menghabiskan lebih dari RM1 juta, kilangnya kini telah pun beroperasi secara penuh.
Bakal keluarkan produk ke-2
Tambahnya lagi, kilang yang dibukanya ini masih belum siap 100% tapi cukup untuk memuatkan kapasiti dua produk.
Yes, akan ada second product selepas sambal nyet nanti tapi masih rahsia buat masa sekarang hehe. Mesin-mesin yang kita import ni semua dah ready untuk second product nanti.”
Bagaimanapun, Khairul Aming turut mengatakan yang mereka kini berhadapan dengan masalah harga cili dan bawang yang mahal.
Terhutang budi dengan followers dan team Sambal Nyet
Akhir sekali, Khairul Aming tak lupa untuk luahkan rasa terhutang budi kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama ini dan turut berharap arwah abahnya dapat melihat kejayaannya sekarang.
Alhamdulillah, min ucapkan tahniah atas kejayaan Khairul Aming ini dan doakan agar perniagaannya terus maju. Tak sabar nak tahu apa produk rahsia dia tu. Hehehe