in

[VIDEO] Beri Alasan Nak Pergi Kedai Mainan, Budak 6 Tahun ‘Drive’ Kereta Bawa Adik 3 Tahun

Budak Drive Kereta

Kecoh di media sosial malam tadi apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak dilaporkan telah memandu kereta jenis Toyota Vios seorang diri di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat orang awam yang bimbang melihat pemanduan sebuah kereta yang kemudiannya terlibat dalam kemalangan.

@kaizoku0707

Mengalahkan Myvi..Budak 6 tahun rembat vios p kedai..sakan la 2 beradik ni 😂 alhamdulillah mereka selamat 🤲🏻 Tlg Simpan kunci kereta Baik3 ya #viral #langkawi

♬ original sound – Kaizoku0707 Shop – Muhammad Idham Yaacop

Namun apa yang mengejutkan penduduk sekeliling, pemandunya merupakan seorang budak lelaki berusia 6 tahun yang dikatakan memandu sejauh 2.5 km dari rumah bersama adiknya yang berusia 3 tahun.

Mereka dikatakan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa untuk ke kedai bagi membeli mainan. Allahu… 

Budak pandu kereta kemalangan, langgar tiang lampu 

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari telah mengesahkan kejadian berkenaan yang dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang pada jam 11.15 malam.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

“Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kereta itu dipercayai dipandu kanak-kanak berkenaan dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.

Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Allahuakhbar mujurlah tak berlaku apa-apa” 

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang melihat video tersebut bersyukur tiada apa-apa yang buruk berlaku pada kanak-kanak berkenaan.

Walau bagaimanapun, ramai yang terkejut dengan tindakan berani budak tersebut dan berharap ibu bapa lebih peka dengan tindak tanduk anak masing-masing selepas ini.

Accident Budak

Nasiblah tak ada jadi apa-apa. Lepas ni mak ayah kena extra alert dengan keberadaan anak-anak. Risau kalau terjadi macam ni lagi. 

Baca: Risau Anak Kemalangan, Bapa Ini Ambil Inisiatif Tampal Sendiri Jalan Berlubang

Lubang

Sumber: TikTok