Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, apabila Farhana Zahra dan suaminya yang sedaya-upaya cuba untuk memenuhi permintaan anak mereka, Fatima sempena birthdaynya yang ke-5.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, sebuah kereta mewah berjenama G Wagon yang dijadikan hadiah oleh si ibu kepada anaknya.
@farhanazahra91 Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha
Menurut si ibu yang lebih mesra dengan panggilan Cik Na, permintaan tersebut ditunaikan oleh mereka disebabkan anaknya itu enggan ke sekolah.
Cik Na sebelum ini pernah memuat naik sebuah video yang menunjukkan anaknya itu memberikan alasan kerana dia tidak mahu ke sekolah.
Fatima juga pernah dilihat berdepan dengan kesukaran untuk pergi ke sekolah sehingga pernah berlakon tidak sihat.
“Hari tu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia jadi tak cukup lagi (umur) lima tahun. Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah,” katanya.
@farhanazahra91 Tak sabar cikna nak hantar fatima pergi sekolah hahaha sebab bulan 1 hari tu da hantar tp hari2 dia belakon sakit, lepas tu dia cakap dia belom cukup 5 tahun lagi sebab belom birthday dia, kali ni dia cakap dapat hadiah G WAGON dia nak g sekolah haha panjang betul akal dia ni ! Nt korang nak tgok cikna wat video hari dia g sekolah x? ?? #fatimaazzahraturn5 #fyp #gwagoncikna #fypシ #foryoupage
Difahamkan, pada awalnya Cik Na hanya bergurau dengan memberikan sebuah kereta mainan G Wagon kepada anaknya.
Tidak lama selepas itu, Cik Na menunjukkan kenderaan mewah berkenaan yang dibawa masuk oleh sebuah lori lutsinar dan diparkir di hadapan rumah mereka ketika sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu malam.
Dari video tersebut, dapat dilihat riak wajah Fatima begitu ceria setelah penutup mata itu dibuka dan dia melihat kereta idamannya berada di hadapannya.
“Untungnyaaa” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan juga terharu dengan tindakan Cik Na dan suami yang menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak mereka.
Bukan biasa biasa hadiah birthday dia tuu…
Baca : [VIDEO] Netizen Meluat Tengok Wanita ‘Show Off’ Kereta Mewah Hanya Muat Duit RM2 Juta