in

Veteran Terima 5 Saman Trafik Di New York Padahal Dah Setengah Dekad Tak Ke Sana, Rupanya…

3veteran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tiba-tiba dapat surat saman dari polis atas kesalahan yang korang tak buat, mesti korang pelik kan? Kalau sekali tu mungkin ada yang boleh terima, tapi kalau dah 5 kali surat saman sampai kat rumah, mesti korang pelik kan.

Itulah yang berlaku kepada seorang veteran tentera, John Maffucci. Bekas tentera yang kini berumur 90 tahun itu telah menerima 5 saman trafik dari Polis New York yang dihantar ke rumahnya. Yang lebih pelik, Maffucci dah setengah dekad tak pergi ke New York.


Screenshot 2022 01 30 at 2.39.12 PM

Hilang Nombor Pendaftaran Kereta

Menurut laporan dari NYPost, segala-galanya bermula selepas nombor pendaftaran kenderaan miliknya hilang dalam satu kemalangan kecil. Dalam kemalangan yang berlaku sekitar Januari 2020 itu, Maffucci telah melanggar seekor rusa yang melintas.

Akibat daripada kemalangan itu, beliau memaklumkan nombor pendaftaran keretanya hilang. Pihak berkuasa yang turut mencari nombor pendaftaran itu gagal menemukannya dan Maffucci memohon nombor pendaftaran yang baharu selepas mengesyaki ianya dicuri.

Screenshot 2022 01 30 at 2.39.05 PM

Selepas 16 bulan daripada laporan itu dibuat, Maffucci telah menerima satu surat saman yang dihantar ke rumahnya. Hairan dengan kesalahan yang tidak dilakukannya, beliau membuat laporan baharu kepada pihak bekuasa.

Walaupun beliau berjaya membuktikan tidak bersalah terhadap 4 kesalahan yang tidak dilakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan satu hukuman kepada Maffucci terhadap kesalahan yang dilakukan oleh ‘pencuri’ di Staten Island pada Oktober tahun lalu.

Screenshot 2022 01 30 at 2.38.57 PM

Kecewa dengan hukuman itu, Maffucci berkata, “orang lain yang menggunakan nombor pendaftaran yang dicuri tetapi tidak dikenakan tindakan”.

Setakat artikel ini ditulis, Maffucci telah menerima 5 surat saman trafik terhadap nombor pendaftaran atas kesalahan yang dilakukan oleh pencuri tersebut.

 

Baca: Bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger Beri 25 Rumah Sebagai Hadiah Krismas Pada Gelandangan Veteran Tentera

Screenshot 2022 01 30 at 2.37.34 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.