in

Varian Baharu Covid-19 Dikesan Di Afrika, Lebih ‘Ganas’ Dengan Kadar Mutasi Luar Biasa Tinggi

FT Korona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saintis di Afrika Selatan kini sedang pantau varian terbaharu yang mempunyai kadar mutasi yang luar biasa tinggi dan kekerapan meningkat dalam tempoh bulan-bulan terakhir ini. Varian yang dikenali sebagai C.1.2 ini disahkan pada minggu lalu oleh Kwazulu- Natal Research and Inovation and Sequencing Platform.

“Tak perlu bimbang”


Varian yang digelar C.1.2 ini tidak diklasifikasikan sebagai varian yang membimbangkan kerana ia tidak meningkat dari segi peredaran.

202108311012 main.cropped 1630379548 e1630467621575

Walaupun sebilangan besar ke Covid yang berlaku di Afrika Selatan disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, Varian C.1.2 ini telah menarik perhatian pakar kerana mutasinya hampir dua kali lebih pantas daripada varian Delta.

“Vaksin beri perlindungan”

Saintis NICD pada Isnin lalu memaklumkan, varian itu datang pada tahap yang rendah dan terlalu awal untuk jangka macam mana dia merebak.

Pada tahap ini kami tidak memiliki data eksperimen untuk sahkan, bagaimanapun dia bertindak balas dari segi kepekatan dalam antibodi”

Kami yakin dengan vaksin yang diberikan di Afrika Selatan akan memberi perlindungan daripada penyakit dan kematian yang lebih parah”. Penny Moore, Penyelidik NICD. Lapor Awani.

afrika 1630373006 e1630467698445

setakat ini Varian C.1.2 telah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan dan beberapa bahagian lain dunia seperti China, Mauritius, New Zealand dan Britain.

Afrika selatan adalah antara negara yang paling teruk dilanda pandemik iaitu sebanyak 2.7 juta kes Covid-19 dilaporkan  setakat ini, sekurang-kurangnya 81,830 orang telah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Tolong la jangan merebak ke Malaysia, min tak puas lagi nak dine in dekat kedai makan.

Baca: Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray

ft nano sanitizer gun tak berkesan e1630467977843

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.