in

Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Santau Perdana Menteri Israel

Santau 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, santau adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Namun begitu, ada sesetengah umat Islam sendiri yang menggunakan khidmat bomoh untuk santau orang yang mereka tidak sukai.

Tular di TikTok, satu video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai hukum menghantar santau kepada Perdana Menteri Israel.


@izinberbagi7

Hukum kalau kita santau Perdana Menteri Israel #ceramahpendek #ceramahlucu #ceramahagama #ceramahsingkat #ustazazharidrus

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Tak boleh melampaui batas

Menurut UAI, umat Islam tidak boleh melampaui batas dan melakukan perkara yang haram walaupun ketika perang dengan musuh. Sebagai contoh, kita tidak boleh menelanjangkan musuh kerana ia melibatkan hal aurat dan bukan keperluan.

Akan tetapi, umat Islam dibenarkan menembak mati atau bom pihak musuh kerana ia keperluan ketika peperangan.

Tambah UAI, syarat peperangan dalam Islam juga diharamkan menembak orang awam tetapi ia dibolehkan sekiranya pihak musuh terlebih dahulu yang memulakan perbuatan tersebut.

Haram Hamas tembah dari jauh dengan roket, jatuh ke tempat orang awam.. haram. Tapi oleh kerana Israel buat maka kita dibolehkan buat.

Artikel berkaitan: Hukum Sambut Halloween Haram, Ada Unsur Tasyabbuh – JAKIM

Artikel berkaitan: “Sokong, tapi didenda!” – 5 Atlet Bola Sepak Yang Pernah Dihukum Sebab ‘Support’ Palestin

Bila melibatkan sihir, tak boleh

Walaupun kita membenci perbuatan musuh yang menyerang orang awam ketika peperangan, kita masih terikat dengan hukum hakam dalam Islam.

Oleh itu, apabila ia melibatkan perkara yang menyekutukan Allah SWT seperti santau, hukumnya tetap haram dan ditegah untuk melakukannya.

Orang sihir kita, kita balas dengan sihir.. tak boleh. Dia sihir, kita cari tukang sihir.. tak boleh. Yang boleh, kita balikkan sihir kepada dia (tuan sihir).

Di ruangan komen dalam video tersebut, ramai netizen bersetuju dengan hukum yang dijelaskan oleh UAI.

Santau 1

Fuh.. macam-macam ye soalan.. nasib baik UAI dah terangkan dengan jelas!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.