Belum habis kita melawan COVID-19, kita kini dihadapkan dengan pelbagai jenis penyakit baru dan lama yang muncul secara tiba-tiba.
Terbaru kali ini mengenai sejenis penyakit yang dipanggil ‘monkeypox’ atau cacar monyet yang katanya sudah mula merekodkan kes di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga di Eropah.
Menurut NPR, 36 kes katanya dicatatkan di tiga negara iaitu UK, Portugal dan Sepanyol dan 1 kes di US.
Perlukah kita bimbang dengan penularan ini? Ini 4 perkara yang korang kena tahu mengenai monkeypox:
1. Asal usul cacar monyet
Kes pertama cacar monyet katanya telah dicatatkan pada tahun 1970 di Democratic Republic of the Congo (DRC) dan penyakit ini biasanya berlaku di Afrika Tengah dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika.
Menurut perkongsian Dr Nimelesh di Twitter, disebabkan virus ini adalah dari ‘keluarga’ yang sama dengan smallpox (cacar), gejala yang dialaminya juga sama.
Cacar Monyet disebabkan oleh virus Monkeypox yang dijumpa pada tahun 1970.
Ia biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika dan terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom https://t.co/hXNg2XzBjB pic.twitter.com/h3Ul98MtIe
— Dr Nimelesh (@HausofHilton) May 19, 2022
2. Simptom yang dialami pesakit
Antara simptom yang dialami pesakit:
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Kepenatan
- Bengkak pada kelenjar limfa
- Ruam pada badan
Benjolan kelenjar getah peringkat awal merupakan sifat yang biasanya membezakan cacar monyet daripada penyakit yang serupa seperti cacar.
3. Cara ia berjangkit
Virus ini boleh berjangkit biasanya melalui kontak dengan darah dan cecair lain seperti air liur haiwan yang dijangkiti dan makanan daging haiwan yang dijangkiti secara mentah atau kurang masak.
Haiwan seperti tupai, monyet dan tikus telah dikenalpasti sebagai pembawa virus ini. Walau bagaimanapun, transmisi antara manusia ke manusia lain katanya agak ‘rare’ dan ia sering berlaku antara haiwan ke manusia.
4. Kematian & Rawatan
Penyakit ini mencatatkan kes kematian antara 0 ke 11% dan ia amat tinggi di kalangan kanak-kanak kecil.
Walau bagaimanapun, tiada rawatan spesifik yang dinyatakan berkenaan penyakit ini.
Apa-apapun pastikanlah kita berwaspada selalu dengan sebarang penyakit yang muncul. Tambahan pula kes HFMD tengah meningkat di Malaysia ni. Parents semua take note ya!
Baca: Bahaya! Ibu Bapa Kena Alert 4 Jenis Penyakit Yang Sedang ‘Mengganas’ Serang Kanak-Kanak Kini