in

Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak

ft kamal adli uqash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Uqasha Senrose menafikan dakwaan kononnya dia menghalang suaminya aktor Kamal Adli untuk berjumpa anak mereka.

Menerusi peguamnya, Muhammad Syazmee Sapian memberitahu bahawa satu pertemuan telah dirancang sebelum ini buat Kamal untuk bersama anaknya, Hawra Uqaira sebelum ini.


Artikel berkaitan : “Memudaratkan mental & fizikal” – Uqasha Senrose Dedah Sebab Nekad Nak Berpisah

Artikel berkaitan : Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach Cerai’ Jelaskan Skop Kerjanya

Tiada halangan Kamal jumpa anak

Katanya, Uqasha juga tidak mempunyai sebarang halangan berkaitan pertemuan antara Kamal dan anak mereka.

“Perkara ini telah dibincangkan bersama adik Uqasha. Mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi. Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang, ia memang dirancang untuk berjumpa dengan anak tersebut.”

“Jadi, dakwaan bahawa tak bagi jumpa anak itu tidak betul. Hakikatnya, Kamal memang sudah berjumpa anak pada hari itu.”

Baru UQASHA41

Syazmee menjelaskan perkara tersebut selepas Kamal mendakwa dia berjumpa dengan Hawra Uqaira secara tidak sengaja pada 10 November lalu.

Jelasnya, Uqasha juga sangat memahami tanggungjawab Kamal sebagai seorang bapa terhadap anak mereka. Malah, Uqasha tidak memutuskan hubungan antara bapa dengan anak.

“Mengenai perancangan untuk Kamal berjumpa anak, tidak ada masalah. Kalau Kamal mahu jumpa, maklumkan dengan lebih awal, kami boleh berbincang perkara itu, sebab kita hormati kedudukannya sebagai bapa.”

“Kami percaya yang anak perempuan memang ada kaitan dengan bapa, jadi tiada masalah selagi tiada halangan atau isu lain.”

Screenshot 2025 11 19 141028

Dalam pada itu, Uqasha turut menegaskan perkara sama secara ringkas dan memberitahu Kamal dibenarkan berjumpa anak.

“Dia boleh sahaja berjumpa anak pada bila-bila masa.”

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Udan-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman lagi antara mereka.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.