Rasanya ramai di antara rakan-rakan kita dah pun apply cuti siap-siap menjelang weekend ini dan fly ke Thailand untuk menyambut Songkran di sana.
Bagi yang tak tahu apa tu Songkran, ia merupakan festival air yang juga menandakan tahun baru bagi kalendar Buddha. Sepanjang tarikh 13 April tersebut, ke mana-mana saja korang pergi, korang akan disimbah air ataupun bedak sampaikan jalan di Thailand ditutup tau untuk dijadikan arena peperangan air.

Tapi boleh ke orang Islam join festival Songkran ni sebenarnya? Ini admin kongsikan teguran ikhlas seorang netizen di Facebook kepada umat Islam di luar sana.
“Awal Muharam hari tu kita tak sambut macam ni pun. Boleh ka orang Islam ikut serta dalam adat perayaan ini yang boleh melalaikan jika tak dikawal?”
Menurut perkongsian netizen ini, dia menasihatkan orang ramai untuk jangan merancang ke Dannok lagi kerana buat masa ni perjalanan ke sana memang tengah ‘jammed’ teruk. Semua ini akibat daripada festival Songkran yang kini menimbulkan persoalan sama ada boleh ke orang Islam pergi suka-suka menyambutnya.

“Jangan mudah terikut, kawan ajak pi kita pun ikut pi. Padahal tak tau langsung apa upacara tu. Memang ayaq tu ayaq paip tapi…”

“Maaf, ini sekadar perkongsian… sapa yang nak pi sekadar tengok depan mata, pi lah cuma beringat. Perbetulkan niat”

Melalui pembacaan admin di Wanista, festival Songkran ni bukan je semata-mata untuk permainan air, malah ia sebenarnya ada maksud tersendiri yang ramai tak tahu. Antaranya ialah:
- Menyambut tahun baru kalendar Buddha yang bermaksud ‘perubahan’ atau ‘transformasi’ dalam bahasa Sanskrit.
- Satu ritual rohani yang dimulakan dengan melawat kuil dan beri makan kepada sami Buddha bagi membersihkan segala dosa dan nasib buruk.
- Ada beberapa pantang larang yang akan diikuti oleh orang Thailand. Contohnya, melepaskan haiwan macam burung, ikan dan lembu.

Admin tak ada niat nak halang korang pergi ke festival Songkran tapi apa-apapun renung-renungkanlah apa yang disampaikan posting kat atas tu.
Baca: “Serius la Songkran cancel tahun ni?” – Ini Sebab Kenapa Festival Songkran Dibatalkan