in

Untuk Keselamatan Pelancong, Thailand Tangkap & Kasi Lebih 600 Ekor Monyet

3monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak berkuasa Thailand telah mengarahkan penguatkuasa untuk menangkap dan mengasi monyet-monyet yang berkeliaran di kawasan tumpuan pelancong.

Screenshot 2022 02 12 at 5.23.07 PM

Untuk pengetahuan semua, kasi bermaksud alat jantannya telah dihilangkan atau pun dalam bahasa mudah dimandulkan. Boleh baca artikel dari laman web Mufti ini untuk faham dengan lebih lanjut.


Usaha itu dilakukan adalah untuk memastikan keselamatan pelancong dan kesihatan penduduk setempat. Menurut National Thailand, sebanyak 600 ekor monyet telah berjaya ditangkap, dikasi dan dilepaskan semula dalam tempoh 12 bulan.

Screenshot 2022 02 12 at 5.22.40 PM

Selain faktor keselamatan, pihak berkuasa Thailand memilih untuk melakukan perkara tersebut kerana monyet-monyet liar itu bertindak agresif kepada penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke Negara Gajah Putih itu. Pihak kesihatan juga berpendapat monyet-monyet itu mungkin membawa penyakit rabies yang mungkin boleh menjangkiti manusia.

Screenshot 2022 02 12 at 5.22.50 PM

Wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Yuthaphon Angkinan berkata, sejak usaha itu dijalankan, pihak berkuasa Thailand berjaya mengawal populasi monyet liar di negara itu.

Baca: Lebih 250 Ekor Anjing Mati Lepas Kumpulan Monyet Mengamuk Di India

Screenshot 2022 02 12 at 5.25.11 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.