Produk jualan seorang pempengaruh di TikTok kini menjadi bualan netizen apabila kek coklat yang dipanggil Kek Hitam Premium itu dikatakan telah dijual dengan harga RM39 untuk seunit.
Bila dijual dengan harga ‘premium’, ramai yang tertanya-tanya jika kek itu ada keunikan tersendiri kerana harga tersebut dianggap agak tinggi jika dibandingkan dengan produk kek coklat kukus lain yang hanya bernilai RM12 ke RM15 sahaja.
Artikel berkaitan : Tawa Bertukar Duka, Budak 10 Tahun Maut Selepas Makan Kek Hari Jadi
Artikel berkaitan : Bapa “Speechless” Anak Salah Anggap Gambar Kotak Kondom, Ingat Lolipop Perisa Coklat
Oleh sebab itu, seorang pelanggan yang dikenali sebagai @chamiebasir telah membeli kek tersebut. Bagaimanapun, ia agak mengecewakan apabila wanita ini mendapati kek tersebut mula tumbuhi kulat, bahkan wanita ini turut menilai sama ada kek ini memang betuk-betul premium atau tidak.
“Walaupun dia dah pos awal, dah putih-putih, daripada bau sendiri saya tak rasa dia premium pun.”
Jelas wanita ini lagi, dia juga membeli satu kek kukus coklat yang jauh lebih murah dan dibuat lebih awal daripada Kek Hitam Premium itu dan keadaannya masih baik.
“Saya beli itu lagi awal daripada ni sebenarnya, belum berkulat lagi pun, tapi yang ini saya beli lepas tu tau, 3 hari selepas saya beli kek tu sebab nak cuba yang ni dan dia dah ada kulat di mana ia mengecewakan.”
@chamiebasir Kek hitam premium by Fendymojo. To me, it’s not worth it. #chamiebasir #moistchocolatecake #vlog
Saat wanita itu menuang coklat di atas kek itu, wanita ini menjelaskan rasanya agak bagus, tidak terlalu manis dan teksturnya pekat. Jadi, wanita ini merumuskan, ‘ganache’ adalah bahan yang premium tetapi kek hanyalah biasa sahaja.
Pun begitu, biarpun ‘ganache’ tersebut rasa dan nampak premium, harga RM 39 itu dianggap agak melampau.
Hurm, korang sanggup ke beli?
Sumber : TikTok