in

“Unsung heroes!” – Kenali 4 Wartawan Berani Yang Tak Henti Sebar Kebenaran Di Palestin

1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 7 Oktober sehingga hari ini, makin ramai orang dan banyak negara mula menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin selepas mengetahui sendiri kisah sebenar kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat di sana sejak berdekad-dekad.

Po

Berita-berita ini mungkin tak sampai ke telinga orang di luar Palestin kalau bukan kerana keberanian wartawan-wartawan yang turut bertarung nyawa untuk sampaikan sendiri kebenaran yang sedang berlaku di Palestin. Korang mesti pernah tengok gambar dekat atas ni kan? Jadi, pada artikel kali ni, min akan kongsikan siapa individu disebalik empat wartawan berani yang turut dianggap sebagai unsung heroes ni.


1. Wael Al-Dahdouh 

P1 1

Wartawan warganegara Palestin ini telah dilahirkan pada 30 April 1970 di Zaytoun, Gaza. Semasa zaman pendidikan sekolah tingginya, dia berjaya mendapat diploma ketika menjadi tahanan di penjara Israel. Walaupun begitu, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading sampai menerima ijazah sarjana dalam pengajian serantau di Universiti Al-Quds.

Kariernya bermula pada tahun 1998 di mana dia bekerja untuk sebuah syarikat akhbar Palestin, Al-Quds sebelum berpindah ke stesen Al Arabiya pada tahun 2003. Kemudian, dia bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera untuk melaporkan situasi di Gaza sejak 2004. Dia juga pernah menulis untuk pelbagai majalah dan menjadi wartawan untuk sebuah stesen radio, Voice of Palestine.

Artikel berkaitan: “Laporan akhir dari Gaza” – Nadir Al Nuri, Wartawan Rakyat Malaysia Yang Mengabdikan Diri Untuk Gaza, Palestin

2. Plestia Alaqad

P2 1

Wartawan wanita yang berusia awal 20-an telah dilahirkan dan dibesarkan di Gaza. Walaupun merupakan seorang yang rupawan, dia juga berani dalam menyebarkan info-info yang berlaku di Palestin. Malah, dia hanya bergerak sendiri tanpa mewakili sebarang stesen berita.

Kalau korang nak tahu, dia sangat aktif dalam menghantar situasi harian di Gaza dalam media sosialnya yang bernama @byplestia di Instagram, TikTok dan juga X.

Pada awalnya, Plestia adalah orang biasa yang suka menggunakan platform atas talian namun, semenjak peristiwa di Palestin itu terjadi, dia menggunakan kelebihannya dalam media sosial demi memberitahu kebenaran pada dunia.

3. Motaz Azaiza 

Mo

Sebelum krisis ini, Motaz merupakan seorang jurugambar di media sosial yang mempunyai beberapa jumlah pengikut sahaja. Akan tetapi, ia telah melonjak lebih 13 juta followers di Instagram-nya kerana ramai yang anggap gambar dan video yang dirakam Motaz merupakan sumber yang paling dipercayai mengenai keadaan semasa di Palestin.

Dia juga merupakan warganegara Palestin dan sedang berkhidmat sebagai jurugambar dalam United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk pelarian Palestin yang ditindas tentera Israel.

Walaupun menghadapi halangan disebabkan sambungan rangkaian yang terhad, dia tetap berusaha menyebarkan sebanyak mungkin imej sebenar yang berlaku di Palestin agar masyarakat dunia tahu tentang kehidupan seharian rakyat negara tu yang amat susah.

Artikel berkaitan: Mata Wartawan Palestin Dibutakan Tentera Yahudi, #MuathEye Trending Tanda Solidariti Antarabangsa

4. Bisan Owda 

Bisan

Bisan Owda merupakan rakyat Palestin dan juga seorang pembuat filem yang berumur 25 tahun. Dia juga bekerja dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam isu hak wanita manakala dengan Kesatuan Eropah, dia mengulas isu mengenai perubahan iklim. Pada awalnya, dia membuat video-video berunsur budaya di Gaza.

Walaupun begitu, minat sebenarnya adalah untuk mendokumentasikan kehidupan di Gaza. Sepanjang minggu, dia akan post keadaan di sana dalam media sosial terutama sekali di Instagram-nya iaitu @wizard_bisan1.

Sumber: Wikipedia, indy100

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.