Kadang-kadang bila tengok mat salleh mata biru ni teringin jugak. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak sesuai je kalau orang Asia ada mata biru?
Orang Asia ni selalunya sinonim dengan mata coklat atau hitam, kalau ada yang unik sikit, dapatlah warna kelabu atau hazel, tu pun kadang-kadang kena pakai contact lens kalau nak mata warna lain.
Tapi bagi satu suku di Indonesia, dorang dikenali dengan mata berwarna biru sampaikan jadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat untuk tengok sendiri keunikan dorang ni tau!
Seorang jurugambar Korchnoi Pasaribu baru-baru ini ada kongsikan keunikan orang-orang suku Buton ini.
Menurut Discover ASEAN, suku Buton ini boleh ditemui di wilayah Sulawesi Tenggara di sebuah pulau bernama Buton.
Di sana, korang boleh temui beberapa kumpulan di dalam suku dorang ni yang mempunyai keunikan mata biru tersebut.
Tambah menarik lagi, ada antara dorang yang matanya sebelah hitam dan sebelah biru dan ada yang dua-dua mata pun biru. Tambah pula dengan kulit hitam manis, ia buatkan mata biru dorang tu lagi menyerlah!
Kalau korang nak tahu, mata biru dorang ni berpunca dari kecelaruan genetik yang dipanggil Sindrom Waardenburg. Sindrom ini hanya dialami oleh 1 dari 40,000 bayi yang lahir.
Biasanya, orang yang mempunyai sindrom ini turut mempunyai masalah pendengaran. Keparahan masalah pendengaran ini pula berbeza untuk setiap orang.
Dorang juga tak boleh nak melihat cahaya yang sangat terang tapi boleh melihat dengan jelas dalam gelap, lapor PMJ News.