in

Uncle Kentang Buka Pasar Jual Barang Semurah 10 Sen Di Puchong

Untitled Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal individu bernama Kuan Chee Heng, yang lebih mesra kita sapa sebagai Uncle Kentang kan?


Sifat pemurah dan gemar membantu orang tidak berkemampuan ni dah sinonim dengan nama tu. Tengok je berapa banyak inisiatif Uncle Kentang dah buat dan laksanakan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, jangan kita pandang sebelah mata ye.

Hari ini sebenarnya ada satu lagi usaha baik yang dibuat Uncle Kentang, iaitu membuka sebuah pasar yang mana semua barangan dijual pada harga serendah 10 sen!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebooknya, Uncle Kentang memaklumkan pasar itu dibuka di Dataran Puchong Utama bermula pagi tadi.

Antara barangan yang dijual termasuklah pakaian dan beberapa barangan terpakai. Dalam perkongsiannya juga, Uncle Kentang turut meluahkan rasa gembira apabila melihat ‘orang susah dapat beli barang murah.’

Selamat Hari Bapa.Pasar 10sen masih berlangsung.Bagi mereka berdekatan jom datang sini.Semua barang harga 10sen.Gembira dapat lihat mereka yang susah dapat beli barang murah..

Posted by Kuan Chee Heng on Sabtu, 20 Jun 2020

 

Mulianya sifat Uncle Kentang, boleh dijadikan ikutan dan contoh oleh orang lain untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. #KitaJagaKita kan?

 

Baca: “Syarat dia, jangan tipu sudah” – Sediakan Van Untuk Mudahkan Pengurusan Jenazah, Netizen Puji Lelaki Cina Ini

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.