Kes pembunuhan kejam terhadap ibu tunggal bernama Mira Sharmilah Samsusah atau Bella turut mendapat simpati masyarakat.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, motif pembunuhan tersebut berlaku disebabkan cemburu dan sakit hati. Perkara ini disahkan menerusi siasatan menyeluruh dilakukan pihak polis.
Seluruh ahli keluarga Bella nyata kecewa dan belum reda dengan pengakhiran tragis yang dialami mangsa.
Artikel penuh: “Pemb*n*h!!!” – Mahkamah Kecoh Dengan Teriakan Selepas Suspek Kes Bella Dibawa Keluar
Artikel penuh: Dikaitkan Dengan Penemuan Rangka Di Rumah Kosong, Ini Kronologi Kes Kehilangan Bella
Belum boleh reda, semuanya terkejut… Kakak Bella harap netizen tidak timbulkan spekulasi #mstar240124 #mstar pic.twitter.com/Hp8INNw5Wr
— mStar Online 🇵🇸 (@mstaronline) January 24, 2024
“Eusuf (anak Bella) mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya ketika mereka keluar bersama-sama. Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya).
“Dia (anak Bella) tanya kenapa mummy keluar kat TV? Mummy keluar dengan uncle, uncle dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa mummy tak balik?
“Umi dah cakap (beritahu) dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal dia orang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul mummy, dia cerita kepada kami,” kata kakak Bella, Norisham.
Norisham berkata, selepas ini dia akan menjaga anak sulung Bella, Eusuf, 5, termasuk adik perempuannya, Maream, 2, yang kini bersama pengasuh.
Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada menyatakan hasrat untuk tinggal bersama-samanya bermula musim cuti sekolah akan datang.
Norisham juga mendakwa dia sudah menjangka suspek tahu sesuatu dari awal kehilangan Bella namun tidak menyangka pengakhirannya begini.
Sumber: Harian Metro